Lauk Simple – Nasi Goreng Labu

Lauk Simple – Nasi Goreng Labu

Bila kali terakhir kita masak nasi goreng?

Kalau Kak Yan, sekurang-kurangnya sekali seminggu mesti masak nasi goreng. Tak kesah lah untuk masak sarapan, makan tengahari atau makan malam.

Setiap kali masak nasi goreng mesti habis licin satu kuali

Masak nasi goreng ni senang. Bubuh aje apa sahaja. Asalkan pandai mengadukkan rencah dan bahan-bahan lain, sedap lah jadinya.

Syarat utamanya ialah ,nasi kena elok masaknya. Kalau lembik, ‘fail’ lah nasi goreng tu.

Setuju tak?

Kali ini Kak Yan kongsi nasi goreng labu. Mesti ramai tak pernah cuba nasi goreng macam ini kan.

Masaknya senang sangat. Macam masak nasi goreng cina tetapi nasi ini menggunakan rencah udang kering. Jadi apabila udang kering ditumis bersama bahan-bahan lain, semerbak bau yang keluar.

Gunalah labu yang sederhana masaknya. Potong dadu kecil-kecil supaya ianya cepat masak.

Nasi goreng macam ini kalau di hias lebih lagi ,mesti nampak ‘elegant’. Kalau tak percaya cuba lah buat. 

Nasi Goreng Labu


Bahan-bahannya:
4 cawan nasi sejuk
4 biji telur (dipukul)
1 cawan labu dipotong dadu
4 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 sudu besar udang kering (ditumbuk)
1 sudu besar sos tiram
1 biji cili merah
Sedikit daun sup dan daun bawang
4 sudu makan minyak untuk menumis
2 sudu makan kicap cair
Cara membuatnya:

Panaskan 2 sudu makan minyak dan goreng telur macam goreng telur dadar
Hancur-hancurkan telur , angkat dan ketepikan
Panaskan lebihan minyak dan tumis bawang putih sehingga wangi.
Masukkan udang kering dan masak sehingga udang garing
Masukkan labu dan kacau sebati
Pastikan api adalah besar dan masukkan pula nasi , kicap cair dan sos tiram
Masak sehingga nasi betul-betul garing dan akhir sekali masukkan telur tadi
Kacau sebati, masukkan cili merah dan bolehlah diangkat
Hias dengan hirisan daun sup dan daun bawang

Leave a Reply