Lauk Simple – Sambal Tempe Ikan Bilis Masak Taucu Kering

Lauk Simple – Sambal Tempe Ikan Bilis Masak Taucu Kering

Lagi resepi tentang tempe. Dah banyak betul resepi tempe yang Kak Yan ada. Ada yang masak dengan sambal, ada yang bersantan, berkicap dan macam-macam lagi. Almakhlumlah tempe ni dah jadi kawan baik Kak Yan semenjak kecil lagi. Dah rapat sangat ibarat isi dengan kuku.

Ada orang panggil tempe dan ada orang panggil tempeh. Apa pun ianya benda yang sama.

Ini semua hasil pengaruh Kak Yan berkawan dengan ramai kawan yang berbangsa Jawa dan malah dulu pun Kak Yan duduk kampong yang majoritinya orang Jawa. Tempe ni dah jadi makanan kemestian setiap kali kenduri ataupun semasa hari raya.

Kalau dulu setiap kali pergi kenduri orang jawa ada nasi ambeng. Selalunya nasi ambeng ini dimakan di dalam dalam. Dimakan bersama empat atau lima orang dalam satu talam.

Ada macam-macam lauk di dalam nasi ambeng tu. Kadang-kadang ada ayam masak kicap, sambal Jawa, mee atau meehoon goreng dan yang paling penting mesti ada sambal tempe.  Dah puas makan dibekalkan pula untuk dibawa pulang dan dipanggil nasi berkat.

Pendek kata tempe ni dah jadi makanan rutin Kak Yan. Dari kecil dah selalu makan tempe. Yang peliknya tak pernah rasa jemu. Suka sangat makan tempe.

SAMBAL TEMPE IKAN BILIS MASAK TAUCU KERING

Sambal Tempe Ikan Bilis Masak Taucu Kering

Bahan-bahannya:
1 gengam ikan bilis
2 keping tempe(dipotong nipis menyerong)
2 biji cili merah (dipotong nipis)
2 biji cili hijau(dipotong nipis)
7 biji cili padi (dipotong halus)
1 biji bawang merah(dimayang halus)
3 ulas bawang putih(dicincang halus)
1 sudu makan taucu
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan tepung jagung + 2 sudu makan air
Minyak untuk menggoreng
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya:
Goreng ikan bilis dan tempe sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan dalam 2 sudu makan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi .
Masukkan taucu, cili merah, cili hijau, cili padi dan sos tiram. Gaul rata.
Masukkan campuran tepung jagung. Kacau sebentar
Masukkan ikan bilis dan tempe dan perasakan dengan garam dan gula
Masak sehingga kering dan kemudian angkat.
Siap

Leave a Reply

Recipe Rating