Kak Yan masak gulai lemak kerang ini dah lama dah. Rasanya dua bulan yang sudah. Masa ni kerang tengah cantik. Saiznya pun besar-besar.
Ini kali pertama Kak Yan masak gulai lemak kerang. Selalunya Kak Yan masak rendang kerang, sambal tumis kerang atau rebus macam itu sahaja.
Masak kerang dengan kulit-kulitnya sekali agak leceh sebab kulitnya kena basuh bersih-bersih. Kena tonyoh sampai semua kotoran tu hilang.
Itu yang membuatkan Kak Yan agak kurang rajin nak masak cara macam ini. Tapi bila makan,kerang tu rasa lebih sedap sebab kuah tu meresap masuk ke dalam cengkerangnya. Yang tu memang boleh bagi kredit.
Kalau nak mencuba masak kerang macam ini, Kak Yan kongsikan resepinya di bawah ini. Ramuannya lain sikit dari gulai lemak biasa.
Cuba lah ye…
.

Gulai Lemak Kerang
Bahan Kisar2 cm kunyit hidup5 biji lada merah3 biji cili padi2 biji bawang merah kecil1 cm halia1 cm lengkuas1 cm haliaCara membuatnya:Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama I cawan air. Masak sehingga mendidih.Masukkan santan, serai dan kerrang. Didihkan kuah dan reneh sehingga kuah pekat.Perasakan dengan garam dan masukkan daun kunyit.Biarkan ianya mendidih.Tutup api dan boleh lah dihidangkan.