Ramai yang bertanya resepi cinnamon rolls yang Kak Yan letak di instagram semalam. Nampak sedap, kata mereka. Ish,ish,..macam tau-tau aje kan.
Sebenarnya Kak Yan jarang nak buat juadah minum petang yang fancy-fancy macam ni. Kena pulak yang menggunakan yis. Asal nampak aje resepi yang menggunakan yis, Kak Yan cakap dalam hati, malas la nak buat kuih yang pakai yis ni sebab kadang-kadang jadi, kadang-kadang terus bantat. Makhlum lah orang kata yis ni banyak ragamnya.
Tapi buat cinnamon rolls ni tak lah sesusah buat roti. Hanya guna bahan-bahan yang ada kat rumah aje. Tak payah nak uli lama sangat dan tak payah nak tunggu doh tu kembang sampai berjam-jam.
Yang penting bahan yang di gunakan mestilah berkualiti tinggi. Contohnya, guna lah butter dan esen vanilla yang elok.
Semasa menguli doh tu masukkan lah tepung tu sedikit demi sedikit. Kalau rasa macam lembut dan melekat, boleh tambah sedikit tepung. Pendekata buat cinnamon roll ni tak la susah sangat.
Puas hati buatnya sebab anak-anak semua suka. Semua cakap lepas ni tak payah beli kat luar lagi. Mak buat lagi sedap. Aduh, ni yang malas ni.
Tapi lain kali Kak Yan nak kurangkan manis buttercream tu. Manis sangat sampai berdenyut gigi Kak Yan.
Boleh cuba ikut resepi di bawah ini. Resepi ini Kak Yan dapat dari https://www.ellaclaireinspired.com/ …
Tapi Kak Yan dan tukar sikit sana sini. Boleh cuba ye. Fighting!
