Masak gulai rempah ni berbeza dengan masak kari. Walaupun bahan-bahannya agak sama tetapi cara memasaknya memang berbeza.
Gulai rempah bukannya sesuai untuk semua jenis masakan kari. Selalunya gulai rempah dimasak untuk terung atau nenas dan digandingkan dengan ikan masin atau ketam. Orang tak masak gulai rempah untuk ayam , daging atau ikan. Itu dipanggil masak kari.
Gulai rempah kena santan banyak dan pekat. Tak perlu tumis serbuk kari dahulu. Serbuk kari dimasak dengan santan sehingga santan naik minyak.
Lepas tu segala bawang dan bahan-bahan penumis akan di tumis di dalam kuali yang lain dan dicurahkan ke dalam periuk tadi.
Kena buat ni semasa kuahnya mendidih. Jadi semasa tuangkan bahan tumisan tu, minyaknya akan cepat naik.. Masa ni segala air liur dah turun. Tak sabar nak makan tengok warna rempah yang bercampur dengan bahan penumis dan minyak. Aduh,,,sedapnya kalau makan dengan nasi putih panas-panas.
Nota: Ikan masin tu kena rendam dulu dengan air garam sebelum masak.
Kalau masak lauk ni , masak nasi lebih sikit ye. Saje je bagi pendapat.
