Hi semua,
Dah masuk hari ke tiga tak ada air di kawasan rumah Kak Yan. Katanya kawasan-kawasan lain pun terlibat sama. Tak sempat pun nak tadah air. Sebabnya tiba-tiba aje air tak ada. Buat masa sekarang ni memang harapkan air mineral yang dibeli sahaja lah.
Bila tak air maknanya dapur pun bercuti jugak. Susah pulak nak masak kalau tak ada air paip kan. Baik beli aje.
Jadi hari ni nak kongsi resepi paru goreng berempah yang Kak Yan masak hari tu.
Kak Yan suka sangat paru goreng macam ni. Krup krap, krup krap aje bunyi paru yang dikunyah. Makan dengan nasi lemak paling best.
Dah lama dah tak masak macam ni.
Kat rumah ni Kak Yan seorang sahaja yang suka makan paru goreng. Jadi selalunya kalau teringin memang beli sahaja. Setakat nak makan sepinggan, baik beli kan.
Kali ni jer Kak Yan terlebih rajin. Yang penting, buat sendiri lagi puas makan. Boleh ratah paru dan makan depan TV.
Bagi yang nak mencuba , resepi ada dekat bawah ni. Selamat mencuba!

Paru Goreng Berempah
Bahan-bahannya:300g paru(direbus sehingga lembut dan dipotong nipis)1 sudu teh serbuk kunyit3 ulas bawang putih(dicincang kasar)1 inci halia(dicincang kasar)2 sudu teh biji rempah1 sudu teh cili kisar1 ½ sudu teh serbuk ketumbar1 sudu teh serbuk jintan manis1 sudu teh serbuk jintan putih1 sudu teh garamSedikit daun kariMinyak untuk menggorengCara membuatnya:Gaul hirisan paru bersama serbuk kunyit, garam, cili kisar, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis
dan serbuk jintan putih. Perap selama 10 minit.Panaskan minyak dan goreng daun kari sehingga garing. Angkat dan ketepikan.Masukkan biji rempah dan goreng seketika. Angkat dan ketepikan.Goreng paru sehingga garing. Angkat dan toskanCampurkan paru bersama daun kari dan biji rempah.Siap untuk dihidang.