Anak-anak dan suami memang suka makan rendang. Kalau nak menggembirakan hati mereka, masak lah rendang. Senyum simpul semuanya.
Tapi kadang-kadang tu nak elak jugak makan santan bergelen-gelen. Kalau tak letak santan pekat banyak-banyak, bukan rendang namanya.
Makan banyak sangat santan pun tak elok untuk kesihatan kan.
Ayam masak serai ini memang terasa macam rendang. Tak perlu guna santan. Kali pertama Kak Yan masak ayam masak serai ni terasa sedap macam rendang.
Cuma tak ada rasa dan bau daun kunyit sahaja.
Pada Kak Yan, kalau ada hari nak makan rendang tanpa santan atau nak masak rendang tapi tak ada santan, boleh lah cuba masak ayam masak serai.
Tak rugi mencuba.

Ayam Masak Serai
Bahan-bahannya:1 ekor ayam (dipotong16)4 batang serai (dititik)6 helai daun limau purut (dicarik)4 sudu besar cili kering kisarGaram dan gula secukup rasa3 sudu besar minyak2 sudu teh serbuk kunyit1 keping asam kepingBahan Kisar2 biji bawang merah5 ulas bawang putih1 inci lengkuas2 biji tomatoCara membuatnya:Panaskan minyak.Masukkan serai dan masak sehingga keluar bau.Masukkan bahan kisar dan cili kering kisar.Masak sehingga pes garing.Masukkan serbuk kunyit, asam keping dan ayam.Masak sehingga ayam kecut.Masukkan daun limau purut dan sedikit air.Masak sehingga kuah pekat dan kering dan ayam betul- betul masak.Perasakan dengan garam dan gula.