Bagi yang tak biasa lagi tengok spaghetti yang berwarna hijau, memang la rasa pelik.
Sebenarnya pesto ini adalah campuran beberapa jenis sayuran dan bahah-bahan lain yang diadun menjadi pes. Rasa sayuran diseimbangkan dengan rasa lemak dari kacang, rasa masam dari lemon dan rasa keju pharmesan.
Sebenarnya pes pesto juga boleh dijadikan sandwich. Pesnya boleh dibuat banyak dan disimpan di dalam peti ais. Bila diperlukan, hanya gaul sahaja dengan pasta dan taburkan keju diatasnya.
Kali ini Kak Yan tambah udang sebagai menambah sedap spaghetti ini. Boleh sahaja guna ayam, sotong atau apa-apa sahaja pun. Sedapnya masih maintain.
Cubalah dahulu dan rasa macamana rasa pesto ni. Setakat ini semua orang yang Kak Yan jamukan spaghetti pesto ni semua cakap sedap. Ada yang cakap tak boleh ‘move on’ lagi dari spaghetti pesto ni.
Cubalah ye. Dekat bawah ni ,Kak Yan kongsi resepi dia dan kalau nak tengok macamana Kak Yan masak, tengoklah kat youtube Kak Yan. Sebenarnya buat pesto ini tidak ada sukatan yang betul-betul ye. Kena ikut citarasa sendiri. Cara membuatnya tengok sahaja dekat SINI.

Spaghetti Pesto Berudang
1 bungkus spaghetti(direbus sehingga al-dante)10 ekor udang(dikupas kulit dan dibersihkan)4 ulas bawang putih2 gengam bayam kecil1 gengam sweet basilJus dari 1 biji lemon1 1/2 sudu teh serbuk lada hitam1 1/2 sudu teh serbuk lada sulah2 sudu besar kacang badan atau pine nutsMinyak zaitun secukupnya2 cawan keju pharmesan
Garam secukup rasa