Salah satu untung besar dapat duduk dalam masyarakat jawa ialah dapat makan sedap-sedap. Kak Yan ni kalau pergi mana-mana pun mesti nak ‘klik’ dengan orang jawa. Kuat betul auranya.
Masa kecil, duduk kampung jawa. Pindah ke tempat lain pun berjiran dengan orang jawa. Sampai duduk di kolej pun berkawan dengan orang jawa. Kot-kot lepas ni dapat menantu jawa pulak, ye dak.
Kat mana-mana pun bila Kak Yan perhati memang mereka ini pemurah. Kuat menjamu orang makan.
Kalau pergi kenduri orang jawa, bukan sahaja puas makan lauk kenduri, bagi bawak balik lagi. Begitu jugak kalau raya, penuh hidangan kerepek dan biskut raya.
Masa kat kampung dulu, tiap-tiap kali raya mesti dapat berdulang-dulang lauk pauk raya. Sampai naik segan kami dibuatnya.
Jadi sedikit sebanyak Kak Yan memang ada’ love story’ lah dengan makanan jawa, terutamanya tempe. Tempe kalau masak apa pun, Kak Yan suka.
Kalau masak sambal jawa berkicap ke, berlemak ke memang minat habis. Tak payah makan dengan nasi pun tak apa kan.
Bagi yang nak masak sambal jawa kicap , boleh ikut resepi di bawah atau pun tengok video masakan DISINI.
