Spaghetti Sardin Ranggup

Spaghetti Sardin Ranggup

Semenjak upload video spaghetti sardin ranggup ini di Instagram Kak Yan, ramai dah orang mencuba. Walaupun Nampak macam biasa sahaja tetapi spaghetti ini ada keistimewaannya dan lain dari yang lain.

Apa istimewanya tu?

Spaghetti ni bukan sahaja sedap sebab ada sardin tetapi ianya ditabur pulak dengan krup krap yang ada rasa mentega dan bawang putih diatasnya.

Bayangkan, sambal kunyah-kunyah spaghetti yang ada sardin tu pastu ada pulak benda-benda garing kat atasnya.

Lagi satu, spaghetti ini ada terung dekat dalamnya. Terung tu di potong dadu dan dimasukkan ke dalam spaghetti bersama dengan tomato.

Jadi didalam spaghetti tu ada kombinasi pelbagai rasa dan tekstur yang menghasilkan rasa yang berbeza. Walaupun dah dikahwinkan rasa orang putih dan rasa melayu, ianya sangat sedap. Leka bila memakannya dan sangat kena dengan tekak kita.

Bagi yang tak sabra lagi nak mencuba, boleh terus tengok cara-cara memasaknya DISINI. Lagi senang tengok video ye.

Dan yang nak resepinya pun ada kat bawah ni.

Selamat makan spaghetti!

SPAGHETTI SARDIN RANGGUP

Spaghetti Sardin Ranggup

Bahan-bahannya:
1 bungkus spaghetti (direbus sehingga lembut)
150g mentega
2 cawan serbuk roti
8 ulas bawang putih(dicincang halus)
10 sudu besar minyak zaitun
1 biji bawang merah ,saiz sederhana(didadukan)
2 sudu besar cili kisar(optional)
1 tin ikan sardine kecil
1 biji tomato(didadukan)
1 biji terung panjang(didadukan)
1 sudu teh oregano
1 sudu teh thyme
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 ½ sudu teh garam
Cara membuatnya:

Panaskan separuh dari minyak zaitun dan masukkan bawang putih.
Apabila bawang sudah wangi, masukkan serbuk roti dan mentega.
Kacau sehingga serbuk roti berwarna perang. Angkat dan ketepikan.
Panaskan lebihan minyak zaitun dan masukkan bawang merah.
Masak sehingga perang dan kemudian masukkan cili kisar.
Apabila cili sudah garing, masukkan sardin, tomato dan terung. Gaul rata.
Masukkan spaghetti dan gaul rata lagi.
Masukkan oregano, thyme, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam dan garam. Masak sebentar sehingga spaghetti sebati dengan bahan-bahan lain.
Tutup api.
Letakkan spaghetti ke dalam pinggan dan taburkan serbuk roti tadi sebanyak yang mungkin.
Hias dengan daun bawang dan bawang goreng.

Leave a Reply

Recipe Rating