Aroma Bakeri – Biskut Badam

Aroma Bakeri – Biskut Badam

Kalau dulu pandai buat biskut macam ini dah boleh jadi terkenal satu kampung. Tak payah ada social media bagai pun boleh orang kenal jugak.

Itu cerita zaman dulu.

Kadang-kadang Kak Yan suka makan biskut yang simple macam ini. Tak perlu ada macam-macam rasa dan ianya tetap sedap. Janji biskutnya ranggup dan cukup lemak manisnya.

Buat biskut ini senang sangat. Tak perlu guna mixer pun. Bahan-bahannya pun tak banyak.

Kalau dulu Kak Yan guna badam yang berkulit tu. Beli dekat kedai mamak dan kemudian rendam sampai kulitnya boleh dikupas. Kemudian barulah di potong dan di cincang.

Sekarang ini semuanya ada jual dekat kedai dah. Tapi bagi biskut ini, Kak Yan masih guna badam yang berkulit. Lebih puas makannya sebab isinya lebih tebal dan ‘fresh’.

Biarlah rasa mentega dan badamnya menyerlah, barulah best. Lagi banyak kali kunyah, lagi best!

Biskut Badam

Bahan-bahannya:
340g mentega
5 ½ cawan tepung gandum
1 ½ cawan gula castor
3 biji kuning telur
2 sudu teh esen vanilla
1/2cawan badam cincang
1 cawan badam untuk hiasan (dipotong menyerong)
Cara membuatnya:
Pukul mentega bersama gula sehingga sebati menggunakan senduk kayu.
Masukkan 2 biji telur dan esen vanilla. Gaul rata.
Masukkan badam cincang dan tepung sedikit demi sedikit.
Gaul sehingga sebati sehingga menjadi doh.
Canai doh mengikut kenipisan yang disukai dan terap menggunakan acuan empat segi.
Susun ke dalam dulang, letakkan badam diatasnya dan sapukan denga kuning telur.
Bakar pada suhu 170C selama 10-15 minit.

Leave a Reply