Minum Petang – Popia Keju

Minum Petang – Popia Keju

Makan popia keju ni memang berhantu. Bukannya jadi hantu tapi makan macam tak cukup-cukup. Kena pulak makan masa tengah panas-panas. Taburkan garam dan cicah dengan sos Thailand.

Sekali makan, krup-krap krup-krap dan keju tu meleleh masuk mulut. Aduhai…sedapnya.

Sesuai untuk dimakan semasa tengok TV. Daripada beli jajan yang mahal tu lagi baik buat macam ni.

Nak tahu macamana nak buat popia keju , boleh tengok video DISINI. 

Popia Keju

Bahan-bahannya:
1 bungkus kulit popia(saiz sederhana)
1 ketul keju cheddar(dipotong memanjang)
Sedikit tepung gandum dicampurkan dengan sedikit air
Minyak untuk menggoreng

Leave a Reply