Lauk Pauk – Kari Ayam Kering (Dry Chicken Curry)

Lauk Pauk – Kari Ayam Kering (Dry Chicken Curry)

Kalau tak tahu nak masak apa, selalunya Kak Yan akan pilih masak kari. Senang cerita, sebab semua orang suka kat dalam rumah ni. Kalau buat kari ikan, anak-anak tak berapa nak suka pulak.

Lagi satu sebabnya ialah rempah ratus untuk masak kari selalunya ada sahaja dirumah. Tak payah nak kelam kabut pergi kedai.

Sebab yang lagi satu ialah masak kari ni tak perlu nak goreng ayam bagai. Ayam tu terjun sahaja dalam kari, senang cerita.

Kali ini Kak Yan pilih nak masak kari ayam kering. Masaknya lebih kurang sama masak macam kari yang biasa, cumanya ada tambahan rempah dan kena bubuh tomato banyak-banyak.

Masak kari ni selain dari kena guna rempah yang sedap ianya kena masak lama. Biar segala rempahnya masak betul. Baru lah sedap.

Ok, jom kita tengok resepi dan lepas tu boleh cuba resepi ini ye…

DRY CHICKEN CURRY

Kari Ayam Kering (Dry Chicken Curry)



Bahan-bahannya:
1 ekor ayam(dipotong 16)
4 biji tomato (dibelah 4)
6 sudu besar minyak masak
Air panas secukupnya
Bahan Rempah
5 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu teh garam masala
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 ½ sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
3 biji bawang merah besar (dikisar)
2 sudu besar asam jawa dibancuh dnegan air
2 sudu teh garam
Bahan Tumisan
1 biji bawang merah besar(dihiris halus)
5 ulas bawang putih(dihiris halus)
1 inci halia(dihiris halus)
2 batang kulit kayu manis
5 biji bunga lawang
3 biji bunga cengkih
2 sudu besar daun kari
Cara membuatnya :
Panaskan minyak dan masukkan kulit kayu manis, bunga lawing dan bunga cengkih.
Kemudian masukkan bahan tumisan yang lain. Masak sehingga bawang keperanangan.
Sementara itu campurkan kesemua bahan rempah bersama air panas.
Tuangkan ke dalam kuali tadi. Masak sehingga pecah minyak.
Masukkan air panas lagi apabila rempah sudah kering.
Masukkan ayam, garam dan tambah lagi air.
Apabila kuah sudah naik minyak, masukkan tomato.
Reneh sehingga kuahnya kering atau setakat mana kelikatan yang disukai.




Leave a Reply

Recipe Rating