Lontong Kuah Lodeh

Lontong Kuah Lodeh

Kita tahu lontong dan kuah lodeh ini adalah salah satu juadah raya. Boleh dikatakan juadah yang agak popular juga.

Seingat Kak Yan, dulu kalau raya, mak Kak Yan jarang masak lontong sebagai juadah raya. Kami lebih cenderung masak pelbagai rendang, lemang, ketupat, kuah kacang, nasi minyak dan pelbagai lauk pauk untuk dipadankan dengan nasi minyak.

Kak Yan ini pulak yang jenis suka makan lontong. Selalu aje ‘frust’ sebab lontong tak ada.

Mak kata, kalau teringin nak makan lontong, pergilah beraya ke rumah orang Jawa. Tentu dapat makan lontong punya. Kena pulak, kampung Kak Yan dikelilingi dengan kampung Jawa.

Kadang-kadang, pagi-pagi raya dah sampai dah setalam juadah raya termasuklah lontong. Macam itulah hidup di kampung. Kena pulak dengan orang Jawa yang sangat suka bersedekah. Sebelum sembahyang raya dah bertukar-tukar juadah dengan jiran tetangga. Penuh meja dengan pelbagai makanan.

Makan tahun jugaklah asyik makan lontong orang bagi saja. Seronokkan.

Sampai lepas kahwin, mak mertua suruh masak lontong untuk hari raya. Errr….nak masak macam mana ni. Rupa macam gulai lemak aje kan.

Jadi Kak Yan ni masak ajelah macam gulai lemak. Tuang semua ke dalam periuk dan humban lah segala sayur ke dalamnya.

Rupa memanglah ada, tapi bila makan rasa macam tak puas.

Bila kita rasa masakan kita tak menepati akta kesedapan lontong atau kuah lodeh. Makanya mulalah bertanya dan korek sana sini. Macamana nak masak lontong bagi sedap. Bagi rasa dia mantul sedapnya.

Apa lagi Kak Yan korek-koreklah dengan Chef Wan.

Beliau cakap kena bubuh itu dan ini….kena masak macam tu dan macam ni….

Mana boleh cakap kat sini…rahsia tau.

Kalau nak tahu jugak jom tengok video masak Kak Yan di youtube . Kat bawah ni aje. Resepi ada di sana. Lepas tu boleh lah ‘like’ dan ‘subscribe’.

Klik jer dan enjoy…

Leave a Reply