Daging Hunan

Daging Hunan

Tak dapat pergi Hunan, dapat masak daging hunan pun jadi lah. Kalau siapa yang follow Kak Yan dari zaman Kak Yan berblog dari tahun 2007 lagi, pasti tahu yang Kak Yan ni suka mencuba resepi-resepi dari negara orang. Segala macam resepi Kak Yan cuba. Lagaknya macam dah pernah cuba makanan tu dekat tempat tersebut. Realitinya ‘tidak pernah’.

Bagi Kak Yan apa salahnya nak mencuba kan. Tak ada syarat yang kita kena pergi ke tempat asal makanan tu baru boleh cuba memasaknya. Ha..orang belajar bahasa pun tak perlu pergi ke negara tertentu untuk belajar. Belajar dekat negara sendiri pun boleh. Cuma ada lah kelebihan kalau dah berkunjung ke negara tersebut kan.

Serupa lah dengan resepi daging hunan ni. Kalau nak tahu Hunan tu kat mana , boleh ‘google’ ye. Hunan ni memang terkenal dengan hidangan yang ‘stir fry’ dan agak pedas. Selain dari itu, ia juga terkenal dengan aromanya yang boleh cium sebatu jaraknya dan warna yang berwarna warni. Itu lah serba sedikit tentang masakan Hunan.

Jadi bagi resepi ini, Kak Yan guna daging batang pinang. Bila daging lembut, kita ‘stir fry jer dah boleh makan. Bila masak macam ni, bahan-bahan kena siap dekat tepi. Api kena panas dan kuali kena besar. Baru lah ada ‘feel’.

Jom tengok resepi dia….

Daging Hunan

Bahan-bahannya:
250 g daging batang pinang
2 sudu makan kicap cair
2 sudu teh minyak bijan
Separuh biji lada benggala kuning
Setengah biji lada benggala hijau
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 inci halia (dicincang halus)
1 sudu teh cuka putih
1 sudu teh serbuk lada sulah
2 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula perang
5 sudu makan minyak masak
Cara membuatnya:
Gaulkan daging bersama kicap cair, serbuk lada sulah dan tepung jagung. Perap selama 10 minit.
Panaskan minyak dan dengan menggunakan api yang besar, masukkan daging.
Masak selama 1 minit. Angkat dan ketepikan.
Dengan menggunakan lebihan minyak, tumis bawang putih, halia dan kesemua lada benggala sehingga wangi.
Masukkan daging dan cuka. Kacau rata
Perasakan dengan garam dan gula.
Gaul rata dan apabila daging sudah lembut, tutup api.
Sedia untuk dihidangkan.

Leave a Reply