Manisan Popular – Agar-agar Laici

Manisan Popular – Agar-agar Laici

Masak agar-agar ni kadang-kadang boleh mengecewakan. Dah bubuh macam-macam bahan dan dah  letak macam-macam warna tup-tup bila masak tak boleh potong. Bila potong habis terburai agar-agar tu.

Pernah tak kena macam tu?

Kak Yan selalu aje kena. Punyalah frust. Yelah dah penat-penat masak dan lepas tu tak boleh potong. Tak boleh nak ‘show off’ la macam ni.

Arwah bapak Kak Yan dulu suka makan agar-agar. Kalau makan agar-agar hilang haus katanya. Dekat kampong Kak Yan dulu orang panggil agar-agar tu lengkong.

Arwah bapak Kak Yan tak suka agar-agar keras. Beliau selalu suruh buat agar-agar lembut dan bubuh dalam cawan. Macam yang Kak Yan buat kat atas tu. Senang nak makan dan tak payah susah payah nak potong.

Pernah tak tengok agar-agar merah bubuh dalam gelas kat kedai mamak?

Masa Kak Yan kecil dulu, kalau masuk kedai mamak mesti ada agar-agar merah dan pisang sesikat kat atas setiap meja. Agar-agar tu di telangkupkan atas pinggan,

Sekarang dah tak ada dah macam tu.

Agar-agar Laici

Agar-agar Laici

Bahan-bahannya:
20 gram agar-agar ( dalam 2 packet)
120 gram gula
200 ml air
3 biji putih telur
1 tin laici
Cara membuatnya:
Masukkan air ke dalam periuk bersama agar-agar
Rebus sehingga kesemua agar-agar larut dan masukkan kesemua gula
Masukkan air lychee dan biarkan ianya mendidih.
Tuangkan buah laici ke dalam periuk dan biarkan mendidih semula
Ambil putih telur dan pukul sehingga berbuih
Tuangkan ke dalam periuk semasa agar-agar sedang mendidih
Tutup api dan boleh masukkan agar-agar ke dalam bekas yang anda
suka
Sejukkan atau biarkan saja sehingga agar-agar keras


 






Leave a Reply

Recipe Rating