Walau kek apa sekalipun, kek buatan sendirilah yang paling anak-anak dan suami suka. Kak Yan dah lama perhati dah. Walaupun kek tu senget ke, bantat ke mesti mulut masing-masing mengatakan sedap.
Entah nak ambik hati atau ikhlas memuji tak tau lah.
Tapi bila diingatkan balik masa kita kecik dulu pun apa-apa yang mak masak tu la yang paling sedap. Buat lempeng bodo-bodo tu pun sedap mengalahkan roti telur kat kedai mamak.
Macam tu lah peristiwa kat rumah ni. Buat kek butter kosong pun semuanya suka. Padahal macam-macam kek fancy dah deme makan kat kedai.
Kesimpulannya: Masaklah apa sahaja kat rumah. Tak usah risau mesti anak-anak dan suami suka. Walaupun kek butter yang simple macam ini pun.
Tapi kan. Kek butter Kak Yan ni sedap.
Buatlah ye…tapi kena ikut bahan-bahan dia dan cara membuatnya betul-betul. Jangan derhaka.
Kalau bahan-bahan pulak kenalah invest beli yang mahal sikit. Contohnya butter kena mahal, esen vanilla kena mahal, cam tu lah.
