Nyonya Corner – Onde-Onde Keledek yang unik lagi cantik

Nyonya Corner – Onde-Onde Keledek yang unik lagi cantik

Dalam dua minggu yang lalu, kami suami isteri huru hara mencari kuih Nyonya sebab nak dibawa ke rancangan Astro Go Shop yang saya terlibat. Tapi seperti biasalah, bila kita mencari, memang benda alah tu tak ada. Serata Subang Jaya kami mencari tetap tak jumpa. Selalunya ada je banyak di station Petronas dan kedai-kedai makan kat sini. Tak ada rezeki kamilah tu.

Bercakap tentang kuih Nyonya ni, apa yang saya suka ialah rupanya yang comel dan ia datang dalam pelbagai rasa dan warna. Meriah gitu. Dan antara kuih Nyonya yang sering kami buat di rumah sejak dari zaman anak dara saya lagi ialah kuih onde-onde atau Kuih Buah Melaka.

Tak lama dulu saya terjumpa satu resipi Onde-onde yang menggunakan ubi keledek. Maka saya pun buatlah dan Alhamdulillah, semua kat rumah ni menyukainya. Sebab apa? Sebab sedap lah.

Senang je membuatnya. Cubalah.

Onde Onde Keledek

Onde-Onde Keledek

Bahan-bahannya
260 gram ubi keledek
80-100 gram tepung ubi/tepung kanji
2 helai daun pandan
250 gram gula kabung(Dipotong kecil)
1/2 biji kelapa parut (Bahagian putih sahaja)
Sedikit garam
 
Cara membuatnya:
Stimkan ubi keledak sehingga lembut dan kemudian lenyek sehingga hancur dan bersatu
Masukkan tepung ubi ke dalam adunan dan gaul sebati
Buatkan bebola kecil dengan memasukkan gula kabung ditengah-tengahnya.
Didihkan air didalam periuk dan masukkan daun pandan kedalamnya
Masukkan bebola tadi ke dalam air yang mendidih dan angkat apabila ianya sudah terapung.
Gaul kan dengan kelapa yang telah dicampur dengan sedikit garam
 
Tips daripada saya…
Ubi keledek yang distim akan rasa lebih manis
Untuk menjadikan kelapa tahan lama , stim dahulu dalam 2 minit
Kandungan tepung ubi bergantung kepada kandungan air didalam ubi keledek. Jika terlalu kering, tambah sedikit air
Henyak-henyakkan banyak-banyak gula merah sebab ianya susah sikit nak pecah semasa merebus..barulah best nanti bila makan.


Leave a Reply

Recipe Rating