Asam Pedas Ayam

Asam Pedas Ayam

Lepas kahwin memang Kak Yan selalu masak asam pedas. Dalam seminggu tu sekurang kurangnya sekali ,mesti masak asam pedas. Dulu, sebelum kahwin memang jarang makan asam pedas. Selalunya kami lebih gemar masak gulai masam. Selalu guna ikan kembung untuk masak gulai masam. Gulai masam ni sekarang orang banyak panggil asam rebus. Sama lah tu.

Gulai masam ni lagi senang di masak. Kisar semua bahan dan terjunkan ke dalam periuk bersama ikannya sekali. Kalau ikut cara Kak Yan, memang tak payah guna daun kesom atau bunga kantan. Asam keping, cili, air,garam dan gula dah cukup untuk jadikan kuahnya sedap.

Bila dah kahwin dan suami selalu bawak makan asam pedas di luar, rasa sukalah pulak. Iyelah, sekali-sekala tukar citarasa kan. Lagipun bila dah kahwin dan jadi tukang masak di dapur, kenalah pelbagaikan menu lauk-pauk, ye dak. Tak lah jemu.

Mula-mula tu selalu buat asam pedas ikan. Kemudian cuba buat asam pedas daging tetel dan yang terbaru, Kak Yan cuba masak asam pedas ayam. Emmm…sedap kemain.

Asam pedas ini pun ada bezanya antara asam pedas Melaka dan asam pedas Johor. Yang Kak Yan buat ini ala-ala asam pedas Johor. Resepi asam pedas Melaka pun ada Kak Yan kongsikan di youtube channel Kak Yan. Ha..klik aje dekat bawah ni.

Ini dia asam pedas Melaka.

Banyak bezanya antara asam pedas Melaka dan Johor. Tapi yang mana-mana pun Kak Yan dan keluarga suka. Kalau cakap masak asam pedas, semuanya gembira dan senyum meleret.

Asam pedas ini, makan dengan nasi putih tak payah lauk lain lagi. Cukuplah ada telur asin, sambal belacan dan ulam timun. Kalau banyak lauk lain, nanti tenggelam rasa asam pedas tu.

Yang nak cuba masak asam pedas ayam boleh dapatkan resepi dan tengok Kak Yan masak di bawah. Klik sahaja dan tada……

Cubalah ye…

Leave a Reply