Kerabu Telur

Kerabu Telur

Minggu lepas terasa berjalan agak lambat. Entah kenapa.

Semalam, bertanya dekat Alia dan Asma, kenapa lambat sangat minggu ni ye?. Selalunya satu minggu itu terasa berjalan tersangat cepat. Tup,tup dah habis seminggu.

” Mungkin sebab Mak dan Bapak dah lama tak keluar hujung minggu kot”. Jawab Alia dan Asma serentak. Betul jugak ye. Kalau dulu, tiap-tiap minggu ada sahaja undangan ke majlis perkahwinan. Kadang-kadang tu, tiap-tiap minggu balik kampung, hanya untk menghadiri majlis kahwin.

Semenjak pandemik ni, ramai yang buat majlis kahwin yang kecil sahaja. Tujuan utamanya ialah nak jaga SOP. Memang betul lah. Kalau buat macam biasa dan ajak ramai tetamu, mana nak jaga SOP bagai. Takut pulak sebab majlis tersebut, ada yang kena covid pulak.

Memang setiap hari dalam seminggu tu terasa macam hari-hari biasa sahaja lah. Kami suami isteri buat jadual untuk shooting youtube pada hujung minggu. Kalau penat dan bosan sangat, malamnya kami round-round naik kereta. Singgah McD beli air dan makanan dan kami makan angin naik kereta sambil tengok lampu. Kadang-kadang melarat sampai ke KL.

Jadinya, kami memang shooting youtube sebulan awal dari tarikh nak publish. Dah banyak masa dekat rumah kan. Baik shooting banyak-banyak dulu. Resepi hari ini juga , Kak Yan dah shooting lama.

Kerabu telur ini jarang dibuat orang. Selalunya orang buat kerabu yang berasaskan ulam-ulaman.

Kak Yan rasa kerabu telur ini dah ‘another level’ lah dari telur masak kicap atau telur masak sambal. Malah ianya lebih senang di buat. Kak Yan yakin suatu hari nanti ramai yang suka dan masak kerabu telur ini. Jadi, jangan lepaskan peluang. Grab dulu resepi ini. Buat dan berlagak lah sikit. Tunjuk dekat orang lain, kan. Ok..gurau aje ye.

Klik sahaja video di bawah. Tengok sahaja Kak Yan buat kerabu telur tu, memang boleh buat sendiri punya. Senang sangat.

Cuba lah ye….

Leave a Reply