Ayam Bruschetta

Ayam Bruschetta

Antara benda yang membuatkan Kak Yan hairan semasa Movement Control Order ini ialah ada ahli keluarga yang merungut sebab kena duduk di rumah. Faham la kalau kata boring tu tapi kalau sampai stress tu memang Kak Yan tak boleh nak hadam sebab kenapa.

In fact, suami Kak Yan marah sangat kalau anak-anak cakap bosan duduk kat rumah time cenggini – macam tak bersyukur je kata dia. Allah dah bagi sihat tubuh badan makan pakai cukup dan dijauhkan dari penyakit dah ni pon.Jadi memang kami dah didik anak-anak jangan sekali-kali sebut perkataan bosan apatah lagi nak share rasa tu kat socmed bagai.

Alhamdulillah, so far kami rasa okay jer. Duduk dengan keluarga di rumah aje kot. Bukannya tak ada makanan, air, elektrik bagai. Buat lah apa sahaja kat rumah, tak ada orang kesah pun. Yang penting jangan keluar rumah. Downtime gitu.

Bagi Kak Yan dan keluarga, duduk di rumah terasa macam bercuti. Semua boleh duduk makan bersama dan dapat tengok televisyen bersama-sama jugak. Kebiasaannya bila anak dah bekerja ni, nak makan bersama pun susah. Ada yang balik lambat dan ada yang makan kat luar dulu.

Memang dari dulu kalau cuti sekolah, jarang kami pergi bercuti. Ada duit ke tak ada duit ke, memang tak kan di jadikan amalan asal cuti sekolah aje nak holiday.

Begitu juga dengan makanan. Dari kecil Kak Yan biasakan anak-anak makan apa yang ada. Kalau lebih rezeki, mewah lah sikit makannya. Kalau ditanya dekat anak-anak, memang mereka nak makan mak masak sahaja. Sekali sekala makan fast food atau makan kat luar tu tak jadi hal.

Yang jadi hal Kak Yan peratikan ada anak-anak yang bila tak boleh makan kat luar, jadi melalak. Lagi panas hati kalau ada yang jenis kita masak kat rumah tapi keluar jugak cari makanan.

Yang dah biasa makan kat luar tu, dah MCO ni, apa cerita?

Tak kan hari-hari nak order food panda kan.

Sebenarnya kita sebagai emak ni kena selalu fikirkan apa nak masak untuk keluarga kita esok harinya. Ada orang kata macam kuno, tetapi itulah yang menjadi tali pengikat kasih keluarga. Kalau kita ambil berat pasal makan pakai anak-anak dan suami, pasti rasa kasih dan sayang itu akan mengalir tanpa kita sedar. Bukan setakat menghulurkan duit sahaja untuk makan minum mereka. Kita sendiri kena turun padang. Ha sekarang apa rasa?

Beruntung lah mereka yang rasa seronok menghadap dan meraikan makan minum keluarga di rumah masa MCO ni. Apa sahaja bahan memasak yang ada di rumah boleh di olah supaya menjadi makanan yang sedap dan menarik untuk anak-anak. Biar mereka tersenyum puas tengok mak mereka berpeluh menyiapkan makanan di dapur.

Kak Yan pun bernasib baik sebab masa-masa camni, anak-anak pun turun ke dapur sama-sama memasak. Tambah meriah jadinya. Alhamdulillah.

Ini baru lah best!

Jadi kali ini Kak Yan nak share satu resepi yang boleh dijadikan menu untuk makan tengahari atau malam.

Selalunya kita guna roti untuk buat bruschetta kan? Tapi kali ini kita guna ayam. Tengok gambar pun dah tau ianya sedap.

Ayam Bruschetta

Bahan-bahannya:
4 keping dada ayam (di belah dua melintang)
5 sudu besar tepung bestari/ tepung gandum
1 biji bawang merah besar (didadukan)
3 cawan tomato ceri (dibelah dua)
Minyak zaitun secukupnya
Jus lemon dari 1 biji lemon
2 sudu teh daun basil kering (optional)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
Cara membuatnya:
Panaskan minyak
Lumurkan dada ayam dengan tepung dan goreng ayam sehingga garing. Angkat dan toskan.
Campurkan bawang, tomato dan bahan-bahan lain.
Tuangkan ke atas ayam dan boleh lah dihidangkan.

Leave a Reply

Recipe Rating