Ikan Bilis Goreng Belimbing Buluh

Ikan Bilis Goreng Belimbing Buluh

Bila dah pertengahan bukan syawal ni mula lah melilau nak makan lauk yang simple. Yang tak ada santan bagai.

Walaupun tahun ini tak lah beria sangat makan lauk pauk raya tetapi Kak Yan gigih masak segala juadah raya di rumah. Segala rendang, gulai lemak, mee kari dan macam-macam lagi lah.

Tiba masanya terasa nak makan yang simple.

Bukannya sebab nak berdiet, cuma nak ubah citarasa lauk pauk sahaja. Tapi nasi tetap makan.

Kadang-kadang telur mata tuang kicap diatasnya pun sedap. Apatah lagi kalau dipatah-patahkan cili padi. Berdesup tambah nasi.

Ini kan pulak ikan bilis goreng garing dan dimasak bersama belimbing buluh.Huh, memang sedap tak terkata. Makan dengan nasi putih dan memang tak payah lauk lain. Makan bertambah-tambah nasi.

Pernah makan tak?

Kalau ada belimbing buluh di rumah, silalah cuba resepi ini. Memang berbaloi-baloi.

Ikan Bilis Goreng Belimbing Buluh

Bahan-bahannya:

300g ikan bilis

3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 biji cili merah (dipotong pendek)
5 biji cili padi merah atau hijau (dipotong pendek)
2 sudu besar kicap ciar
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu besar sos tiram
2 gengam belimbing buluh
Minyak untuk menggoreng secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya:

Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan dalam 3 sudu besar minyak dan masukkkan bawang putih. Masak sehingga perang.
Masukkan cili merah dan cili padi, sos tiram, kicap cair, serbuk lada sulah gula dan belimbing buluh.
Kacau rata dan kemudian masukkan ikan bilis.
Akhir sekali ,perasakan dengan garam.

Leave a Reply

Recipe Rating