Juadah Sihat – Sup Ikan

Juadah Sihat – Sup Ikan

Lari sekejap dari masak makanan yang berlemak. Kadang-kadang kita rasa macam nak makan sesuatu yang segar atau sesuatu yang simple kan. Itulah yang uniknya menjadi tukang masak kat rumah. Kena pandai detect apa kehendak dan citarasa keluarga. Barulah boleh bonding.

Apa pun keluarga saya memang suka sup ikan ini.

Nak tau resepinya ada kat bawah ni. Dulu ingat masak sup ikan ni susah . Rupanya senang yakmat. Main campak-campak aje dalam periuk atau kuali dah siap tetapi bahan yang digunakan mesti kena gayanya dan tak boleh berlebih-lebih sangat.

Kalau ikut cara saya, memang tak suka dicampurkan dengan sayur-sayur lain seperi lobak merah atau apa-apa sayur pun. Dah memang citarasa saya sebegitu apa nak buatkan.

Dan yang penting hasilnya amatlah sedap terutama bila dihirup panans-panas.

Sup Ikan

Sup Ikan

Bahan-bahannya:
3 atau 4 keping ikan (gunalah ikan merah, ikan jenahak ke)
1 sudu teh stok ikan bilis
1 sup punjut
1 ulas bawang putih dihiris halus
3 inci halia (2inci dimasukkan ke dalam periuk dan 1 inci untuk ditumis)
1 labu bawang merah dihiris halus
1 kuntum bunga lawang
1 kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 bay leaf
Garam
Sedikit lada sulah
2 biji tomato (kalau mahu)
Daun sop dan daun bawang
Sedikit minyak untuk menumis
Jus lemon
Air secukupnya
 
Cara membuatnya:
Panaskan minyak dalam kuali
Tumis bawang merah, halia dan bawang putih
Bila bahan tumisan sudah naik bau, masukkan air serta stok ikan bilis
Bila sudah mendidih, masukkan sup punjut, daun bay dan ikan.
Didih sehingga masak.
Apabila ikan sudah masak, bolehlah ditutup apinya.
Akhir sekali taburkan hirisan daun sop, daun bawang, bawang goreng dan perah sedikit lemon ke atasnya.
 













Leave a Reply

Recipe Rating