Gajus Goreng Ala Thai

Gajus Goreng Ala Thai

Hari ini adalah hari ke 5 perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan. Siapa sangka awal tahun 2020 ini, Allah nak uji kita semua dengan wabak Covid-19. Tak pernah terfikir sebelum ini akan dikenakan arahan tak boleh keluar rumah. Walaupun belum ke tahap darurat tetapi bila difikirkan kumudaratannya memang dah tahap darurat dah.

Dulu selalu fikir yang darurat tu hanya masa berperang aje. Rupa-rupanya darurat semasa wabak penyakit lagi lah manakutkan.

Setiap hari semakin ramai yang dijangkiti. Semakin ramai yang maut.

Pada masa ini kena lah banyak-banyak berdoa semoga Allah hentikan wabak penyakit ini. Jaga kebersihan dan jangan keluar rumah.

Apa pun bagi ibu-ibu yang duduk di rumah tu mesti dah penat memasak. Dapur tak berhenti beroperasi. Lepas makan pagi nak masak untuk tengahari pulak. Masa macam ni, makan petang pun kena ada. Supper pun kena ada makanan. Almakhlum lah tak boleh keluar rumah, perut asyik lapar sahaja.

Makanan untuk kudapan pun sama penting. Tak kan nak bagi anak-anak makan jajan setiap hari. Dah lah mahal dan tak elok pulak untuk kesihatan.

Makanya Kak Yan kongsi satu resepi makanan yang boleh di buat kudap-kudapan. Yang ini Kak Yan guna kacang gajus. Kalau nak guna kacang lain pun boleh. Korek-korek dalam kabinet tu, apa jenis kacang yang ada pun ok.

Kacang gajus goreng macam ni memang dah jadi kegemaran anak-anak Kak Yan. Puas makan kata mereka. Jadi cuba lah ye…

Gajus Goreng Ala Thai

Bahan-bahannya:
200g kacang gajus
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
5 helai daun limau purut ( dibuang bahagian tengahnya dan dipotong memanjang)
2 sudu teh serbuk cili
3 sudu teh sos ikan
4 sudu teh madu
Minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya:
Goreng kacang gajus sehingga keperangan. Angkat dan toskan.
Tinggalkan dalam 2 sudu besar minyak dan tumis bawang sehingga wangi.
Kemudian masukkan daun limau purut sebentar.
Masukkan serbuk cili dan kacang gajus tadi. Gaul rata.
Akhir sekali, masukkan sos ikan dan madu. Gaul rata
Biarkan sejuk dan boleh lah dimakan.

Leave a Reply

Recipe Rating