Kalau boleh Kak Yan nak share banyak lagi resepi ayam. Sebabnya ialah ayam ni dah jadi satu menu yang memang kebanyakan anak-anak suka. Ada jugak anak-anak yang nak makan ayam sahaja. Hari-hari kena masak lauk ayam. Kalau tak ada lauk ayam mau tak di jamahnya makanan dekat atas meja tu.
Itu memang biasa. Kak Yan yang dah usia macam ini pun suka makan ayam. Apatah lagi kalau ayam Kentucky Fried Chicken.
Kalau Kak Yan merajuk atau paling teruk kalau bergaduh dengan suami, ayam KFC lah ubat berdamainya. Jangan gelak tau!
Ayam phat phet ni lain sikit rasa dan cara memasak dia. Dia bukannya rendang dan bukan juga tom yam.
Kuahnya tak banyak sangat dan tak guna santan.
Tapi bila makan terasa segala bahan-bahan dan rempah ratusnya dan baunya sangat wangi.Tapi….
Apa maknanya phat phet tu?
Phat tu maknya ‘stir fry’ dan Phet tu maknanya ‘spicy’.
Itu lah kombinasi masakan ini.
Memang sedap, senang dimasak dan sesuai untuk seisi keluarga.
