Nasi Paella Caribbean

Nasi Paella Caribbean

Seronok tau bila berjaya masak nasi yang cantik macam ini. Warna merahnya sedang elok sahaja. Di cantikkan lagi dengan peha ayam di atasnya dan warna hijau kacang pis.

Nasi ini memerlukan beras pendek. Yang paling biasa ada lah beras jepun lah. Nampak menjadi jugak paella nya guna beras jepun ni.

Masak paella ini pun sebenarmya tak cantik kalau guna periuk nasi automatik. Kalau boleh guna periuk leper besar yang selalu nampak dalam televisyen tu. Tapi mana nak cari dekat Malaysia ini kan.

Kak Yan guna periuk biasa sahaja. Nasi paella ni sebaiknya biar dia agak garing tapi tak lah hangus.

Kak Yan tambahkan sedikit santan supaya ada rasa lemaknya. Yang ini kira ‘improvise’ sendiri-sendir lah ni.

Satu yang Kak Yan paling suka tentang nasi ini ialah ianya cantik. Ada pelbagai rasa di dalamnya. Nampak mahal dan ‘elegant. Sesuai di jadikan hidangan untuk tetamu yang datang ke rumah kan.

Ala sekali-sekala tunjuk lah ‘skill’ memasak dekat tetamu apa salahnya kan.

Ikut sahaja resepi di bawah ini dan InsyaAllah menjadi nasi tu nanti.

Cuba lah ye.

Nasi Paella Caribbean

Bahan-bahannya:
600g beras jepun/sushi
5 sudu besar minyak zaitun
2 biji bawang merah besar (didadukan)
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 biji lada benggala merah
1 sudu teh serbuk cili merah
1 sudu teh oregano kering
200 g tomato puri
1.2 liter stok ayam
100 ml santan
8 ketul peha ayam
2 helai daun bay
1 tsp paprika
100g pis hijau
5 tangkai daun ketumbar
1 sudu teh garam
1 sudu teh lada hitam

Cara membuatnya:
Panaskan 3 sudu besar minyak zaitun dan gorengkan ayam sehingga keperangan di kedua-dua belah. Angkat dan ketepikan.

Tambah dua sudu besar minyak zaitun lagi dan masukkan bawang merah, bawang putih, lada benggala merah, serbuk cili, oregano, tomato dan pes tomato. Masak selama 5 minit.

Masukkan stok ayam dan santan dan biarkan mendidih.

Masukkan beras, garam, serbuk lada hitam dan garam. Gaul rata dan perlahankan api sedikit.

Leave a Reply

Recipe Rating