Oliebollen

Oliebollen

Oliebollen ini boleh juga dipanggil sebagai dutch ball. Ianya ibarart donut goreng. Cuma ianya tidak menggunakan yis. Hanya guna baking powder sahaja.



Kak Yan first time buat ni semasa buat prep untuk Chef Wan. Resepi ini pun Chef Wan yang ajar. I’m very sure Chef Wan tak kisah resepi beliau Kak Yan kongsi di sini. Beliau tak kedekut langsung pasal resepi-resepi ni. Yang dia kesah kalau kita buat prep dan lepas tu tak ikut resepi dan cara dia masak. Ha yang tu memang nak kena la kan.

Berbalik kepada kueh oliebollen ni . Kuih ni sangat sedap. Bagi Kak Yan yang sukakan donut, oliebollen ni lagilah lengkap rasanya.

Setiap gigitan ada rasanya yang tersendiri. Ada rasa masam epalnya, lemak kacang walnutnya dan susunya, manis kismis dan gula icingnya serta ranggupnya. Dan kesemua ini mencipta kesempurnaan kueh ini.

Dah la buatnya macam nak buat cucur sahaja. Gaul-gaul, perap dan goreng. Terus jadi.

Jadi kueh oliebollen ni dah masuk list kueh yang akan selalu Kak Yan buat.



OLIEBOLLEN

Oliebollen

Bahan-bahannya:
3 biji epal hijau(diparut)
4 cawan tepung gandum
3 sudu makan gula castor
½ cawan kismis
1 cawan walnut (dicincang)
2 biji telur
1 sudu makan baking powder
2 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh garam
½ sudu teh serbuk kulit kayu manis
1 ½ cawan susu segar
Minyak untuk menggoreng
Gula icing secukupnya
Cara membuatnya:
Campurkan kesemua bahan kecuali minyak dan gula icing.
Gaul sebati adunan dan perap selama 30 minit.
Selepas adunan diperap, panaskan minyak.
Sendukkan adunan ke dalam kuali dan goreng sehingga warnanya agak gelap.
Sejukkan sebentar.
Gaul dan golekkan dengan gula icing
 

Leave a Reply

Recipe Rating