Kak Yan dapat resepi ini dari kawan baik Kak Yan masa sekolah dulu. Nama dia Doreen.
Yang jadikan kami sangat sehati sejiwa ialah salah satunya kami suka memasak. Belakang buku latihan sekolah, penuh dengan resepi dan ada jugak terselit senikata lagu.
Selain dari memasak, kami juga mempunyai banyak minat yang sama. Kami suka baca buku Mills & Boon dan kami juga suka dengar lagu 80-an.
Bila dah habis sekolah, kami masih berhubung tapi dah tak selalu sangat. Mungkin masing-masing punya hal masing-masing. Mungkin juga kami malas nak tulis surat. Almakhlumlah dulu, kalau nak bertanya khabar kenalah ambil pen dan menulis. Lenguh
tangan di buatnya.
Kadang-kadang Doreen ni malas nak menulis. Dia poskan resepi sahaja. Bila dia jumpa resepi yang baru, dia akan salin dalam kertas yang berbunga-bunga dan pos. Bila dapat surat dia, bukak aje, tengok-tengok ada resepi sahaja. Apapun…Thank you Doreen.
Jadi ini adalah salah satu resepi yang dia pos dulu. Kak Yan masih lagi simpan kertas tu.
Kak Yan banyak bercerita mengenai kami berdua dalam buku ‘cerita dari dapur’. Semua cerita kami memang mencuit hati. Jadi dapatkan lah buku tu ye.
Boleh klik DISINI , jika berminat dengan buku tersebut.
Bagi yang nak mencuba, bolehlah guna resepi dibawah ini. Puas makan kalau buat sendiri. Boleh sumbat inti banyak-banyak.
