Lauk Pauk – Pindang Serani

Lauk Pauk – Pindang Serani

Minggu ini agak sibuk sikit berbanding dengan minggu yang sebelumnya. Salah satu sebabnya adalah kerana produk minggu ini untuk Chef Wan The Shopping King ialah pelbagai jenis kuali yang agak besar jugak saiznya. Makanya kena masak dalam kuantiti yang banyak. Kena masak macam-macam menu.

Satu malam tak tidur. Tapi bila dah selesai rasa puas hati dan happy.

Tapi penatnya tak tau nak cakaplah. Dua tiga hari pun tak hilang lagi.Mungkin jugak sebab umur dah meningkat kan.

Itu cerita hari Jumaat. Keesokan harinya, kena masak untuk majlis pot-luck kawan-kawan suami. Tak sampai hati pulak nak datang dengan berlenggang tangan sahaja. Dah namanya pot luck, masing-masing kenalah bawak sedikit sebanyak makanan.

Bila dah dikumpulkan semua makanan, penuh satu meja dengan lauk pauk dan segala macam juadah manisan. Meriah weh.

Belum sempat tengahari lagi dah tersandar kekenyangan.

Sesampai sahaja dirumah terus bawak budak-budak ni makan kat luar sebab hari Jumaat sebelum tu ialah birthday Arissa.

Hari birthday tu hanya buat makan kecil-kecil sahaja. Kami beli pizza dan potong kek. Nak celebrate hari tu tak boleh sebab Asma balik lambat. Kerja banyak.

Jadi dua hari ni memang makan banyak. Dah ada makanan depan mata , takkan nak tolakkan. Rezeki tu.

Dari makanan yang penuh lemak, penuh berminyak. Kuihmuih yang manis-manis dan minum segala macam air manis.

Rasa macam dah naik 5kg berat badan.

Jadi hari ni nak makan ala-ala bertaubatlah. Tapi nasi tetap makan jugak. Dengan harapan masak simple macam ni bolehla makan nasi sikit sahaja.

Konon.

Tak jugak rupanya.

Masak simple macam ni, lagilah berselera makan. Hirup kuah dan makan dengan nasi sahaja cukup memberi selera.

Jangan ingat lauk yang simple macam ni boleh mengurangkan selera ye.

PINDANG SERANI

Pindang Serani

Bahan-bahannya:
1 ekor ikan patin(dipotong kecil)
5 sudu minyak masak
1 helai daun salam
3 helai daun limau purut
2 batang serai(dititik)
3 biji bawang merah kecil(dihiris halus)
3 ulas bawang putih(dihiris halus)
3 biji cili padi(diketuk)
½ inci lengkuas (dihiris kasar)
½ inci halia(dihiris kasar)
2 biji limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya:
Gaul ikan patin dengan garam dan perah limau kasturi diatasnya. Biarkan sebentar.
Panaskan minyak dan masukkan daun salam dan daun limau purut.
Kemudian masukkan serai, bawang merah, bawang putih, cili padi, lengkuas dan halia.
Masak setakat ianya layu sahaja.
Masukkan air, ikan dan perasakan dengan garam dan gula.
Apabila ikan sudah masak, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Leave a Reply

Recipe Rating