Bila Kak Yan memasak di dapur rasa sangat best kalau semua barang di dapur kemas. Peti ais tersusun dan kesemua bahan-bahan memasak ada dan senang nak di capai.
Tengah ada banyak masa ni memang Kak Yan plan satu hari ada satu section kat dapur yang Kak Yan akan rombak dan kemas balik (macam la rumah besar sangat kan).
Kadang-kadang mood memasak terkubur macam itu sahaja bila barang memasak dan segala kuali, periuk bagai bersepah-sepah. Kena pulak Kak Yan ni pendek dan nak kena panjat kerusi pulak. Nak tertunduk-tunduk cari barang nanti sakit pinggang pulak.
Kalau dah kemas tersusun baru lah idea memasak itu datang mencurah-curah ye dak.
Jadi hari ini Kak Yan masak ayam tandoori dan di padankan dengan roti turki dan kuah dhal. Sedap yakmat.
Ayam tandoori ni kalau nak sedap kena cukup segala rempah ratusnya. Kena perap lama dan kalau nak cantik masuk lah sedikirtpewarna merah.
Kalau nak makan esok, hari ni boleh mula perap dan simpan ke dalam peti ais semalaman. Baru lah segala rempahnya meresap ke dalam isi ayam. Tak lah setakat rasa dekat kulit dan permukaan luar aje.
Kali ini Kak Yan nak kongsi resepi ayam tandoori yang selalu kita makan dekat kedai mamak tu. Sebenarnya ayam tandoori ni ada banyak versi. Begitu jugak lah masak kari, ada macam-macam cara. Tapi ayam tandoori versi ini memang sedap.
