Gulai Lemak Telur Pecah.

Gulai Lemak Telur Pecah.

Salah satu lauk kegemaran keluarga. Anak-anak suka sangat kalau masak gulai lemak telur pecah ini. Tapi kami lebih sukakan telur ayam daripada telur itik. Entah kenapa pun tak tahu lah.

Dulu lauk ini memang selalu di masak oleh mak sedara Kak Yan. Masa dulu duduk ramai-ramai satu rumah, memang kami kena kreatif masak lauk. Kena jimat. Mak seorang cikgu. Masa dulu berapa sangatlah gaji seorang cikgu kan. Jadi mak bagi segala duit dapur kepada emak sedara. Pandai-pandailah mak sedara Kak Yan nak berjimat cermat.

Selalunya mak sedara Kak Yan akan selang selikan masak lemak telur pecah ini dengan masak lemak pucuk ubi atau masak lemak pucuk paku. Kadang-kadang di gandingkan dengan ikan rebus atau ikan masin goreng.

Begitu lah nak jimat cermat belanja dapur. Yang penting makan sentiasa menyelerakan dan sedap. Lauk simple-simple tapi makan nasik menambun. Kenyang perut senang hati kan.

Oleh sebab itu, Kak Yan terikut-ikut cara memasak sebegitu. Tak semestinya nak sedap, kena ada ayam, daging bagai. Masak guna telur pun dah boleh makan sedap. Malah lebih sedap lagi.

Itu sebabnya kalau ada anak-anak yang meragam tak nak makan kalau tak ada lauk ayam atau daging, Kak Yan rasa geram jugak. Kenapa tak perkenalkan banyak jenis makanan kepada anak-anak? Banyak benda yang boleh bagi sedap dan dalam masa yang sama kita boleh berjimat.

Ni ha , dah barang-barang semua dah naik harga. Tak kan nak sama aje beli barang macam dulu. Semalam Kak Yan beli ayam, memang berpeluh jugak lah tengok harga dia. Ini tak boleh jadi ni. Kena variasikan lauk pauk di rumah .

Kak Yan pun akan cuba kongsikan pelbagai resepi yang modalnya murah tapi sedap. Jangan ketinggalan follow Kak Yan di instagram dan subscribe di channel you tube Kak Yan.

Lauk gulai lemak telur pecah ini pun agak istimewa sedikit sebab dicampurkan dengan ulam pegaga. Sambil makan telur, terus kunyah ulam.

Klik sahaja link di bawah dan tengok macamana Kak Yan masak. Ada banyak tips yang Kak Yan kongsikan.

Leave a Reply