Seminggu lepas seminggu berlalu. Kemudian menjadi bulan dan tahun. Sekarang ini bukan sahaja selalu tersilap bulan, malahan tahun pun selalu tersilap. Kadang-kadang rasa macam masih di tahun 2020. Siapa rasa sama macam Kak Yan?
Namun beberapa minggu kebelakangan ini, banyak benda terjadi di bumi Malaysia ini. Segala bencana seperti gegaran gunung berapi. ribut petir, banjir kilat dan baru-baru ini runtuhan bukit pulak. Memang risau dibuatnya. Itu belum lagi kes covid yang semakin hari semakin tinggi. Urut dada kejap.
Di balik tabir yang lain, macam-macam kes yang pelik-pelik berlaku di sekitar kita. Kes-kes jenayah banyak sangat berlaku. Rasa macam dah bukan duduk di Malaysia dah. Macam-macam cerita kejam berlaku. Sama jer macam tengok cerita siasat menyiasat di Netflix tu.
Namun hidup mesti diteruskan. Bagi Kak Yan, kita jaga dan fokus apa yang di depan mata kita dulu, iaitu keluarga kita. Biar lah kita rasa damai dan bahagia bersama keluarga dahulu.
Kita buat lah sedaya upaya apa yang termampu supaya anak-anak dan suami gembira dan menghargai apa yang kita buat di rumah. Buat lah semuanya kerana Allah. Tak perlu nak mengeluh penat, bosan dan sebagainya. Cari lah bahagia di rumah dahulu dan kemudian bahagia dari bentuk-bentuk yang lain akan datang juga, Insyaallah.
Jadinya, memasak dan mengemas tak akan lari dari rutin seharian kita sebagai isteri dan ibu. Buatlah hari-hari dan usaha lah semoga ianya menggembirakan orang-orang di sekeliling kita.
Nak masak apa setiap hari itu pun, selalu membuatkan kita rasa macam nak pening kepala kan. Tak payah susah-susah. Kak Yan ada bagi banyak idea dan resepi. Boleh tengok macamana Kak Yan masak di youtube channel Kak Yan.
Rajin-rajin lah tengok segala macam resepi-resepi Kak Yan dan harap ianya membantu.
Hari ini Kak Yan kongsi resepi ayam serai. Rasanya ala-ala rendang dan ayam goreng kunyit. Semalam Kak Yan buat dan anak-anak suka sangat. Resepi ada di bawah.
Cuba lah ye…
