Minum Petang – Tepek Gula Merah

Minum Petang – Tepek Gula Merah

Bila makan tepek gula merah ni teringat masa zaman kecik-kecik kat kampong dulu. Memang kuat sungguh memori tepek gula merah ini dalam kehidupan Kak Yan.

Tepek yang berwarna gelap kehitaman ni bukan calang-calang sedapnya.

Kena pulak bila ada gula merah yang berketul-ketul.

Gula merah yang digunakan mestilah gula merah yang betul. Kalau dulu, gula merah ini dibeli guna timbang kati. Sekarang ini ada dijual didalam bungkus. Warnanya agak gelap dan separuh dari gulanya agak berketul.

Itu lah yang menjadikan tepek gula merah ini sedap. Bila makan tepek gula merah masa tengah panas dan gula merah tu pecah pulak kat dalam mulut, adoi sedapnya.

Bahan yang digunakan tak banyak. Hanya ada tiga bahan sahaja iaitu tepung gandum, gula merah dan air.

Senang kan?

Jadi kalau nak tahu betapa sedapnya tepek gula merah ni boleh lah tengok resepi dan cara membuatnya DISINI. Ataupun tengok di IGTV Instagram Kak Yan.

TEPEK GULA MERAH

Tepek Gula Merah

Bahan-bahannya:
3 cawan gula merah
4 cawan tepung gandum
4 cawan air
Cara membuatnya:
Campurkan kesemua bahan dan gaul rata
Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak jika perlu
Sendukkan adunan ke dalam kuali
Masak sehingga kedua-dua belah keperangan.

Leave a Reply

Recipe Rating