Lauk Pauk – Tumis Terung bersama Daging Cincang

Lauk Pauk – Tumis Terung bersama Daging Cincang

Kadang-kadang rasa nak makan yang kering-kering aje. Atau kadang-kadang kalau lauk tu dah sedap rasa rugi pulak makan dengan lauk yang berkuah.

Makan ni pun memang macma-macam ragam.

Kalau masak terung masak kat atas tu memang kegemaran kami sekeluarga. Dah tak payah masak lauk lain lagi dah. Sayur ada, daging ada. Settle kerja tukang masak.

Tumis Terung bersama Daging Cincang

Bahan-bahannya:
4-5 biji terung panjang (Dibelah dua memanjang)
200 gram daging cincang
1 biji cili merah(Dipotong bulat)
2 ulas bawang putih(Dicincang halus)
2 inci halis(Dicincang halus)
2 sudu besar kepingan cili(chilli flakes)
1 sudu besar tepung jagung dicampurkan dengan sedikit air
Daun bawang (Dipotong halus)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
 
Bahan-bahan untuk sos:
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu teh minyak bijan
1/2 sudu makan cuka
 
Cara membuatnya:
Satukan kesemua bahan-bahan sos. Ketepikan
Panaskan minyak dan goreng terung. Angkat dan toskan (Angkat terung apabila
ianya bertukar warna )
Tinggalkan dalam 2 sudu makan minyak dan masukkan kepingan cili. 
Kemudian masukkan bawang putih , halia dan cili merah. Masak sehingga wangi.
Masukkan daging cincang dan masak dalam 2 minit.
Masukkan sos , terung , garam dan gula. Gaul sebati
Akhir sekali masukkan campuran tepung jagung dan masak sehingga kuahnya
pekat.
Taburkan daun bawang

Leave a Reply