Bubur lambuk adalah salah satu juadah kegemaran Kak Yan semasa bulan puasa. Walaupun suka tapi jarang-jarang sekali Kak Yan buat sendiri. Alasannya malas nak rebus beras lama-lama.
Nak masak bubur lambuk ni kena rebus beras sampai beras tu betul-betul hancur. Bahan-bahannya pun kena lah banyak. Barulah bila makan bubur lambuk rasanya terkenang-kenang sampai puasa tahun depan.
Macam yang Kak Yan cakap tadi, malasnya nak buat bubur lambuk hanya disebabkan nak menunggu beras tu betul-betul lembut. Kena selalu kacau dan tambah air sikit-sikit. Tak kuasa pulak rasanya nak menghadap periuk tu lama-lama .Selalunya beras tu berakhir menjadi bubur padang jarak padang terkukur. Hitam legam sebab dah hangus. Itu yang jadi malas nak masak bubur lambuk tu.
Tapi disebabkan tahun ni tak ada bazar ramadan dan Kak Yan teringin sangat nak makan bubur lambuk, maka buat jugak lah akhirnya.
Tengok dengan rak depan peti ais tu ada pressure cooker. Apa lagi berdesup lah sukat beras bagai.
Sukat beras dengan air dan terus on pressure cooker. Bila bubur tu dah separuh masak, Kak Yan terjunkan karot,isi ayam dan bahan-bahan lain. Lepas tu on balik pressure cooker.
Masak bubur lambuk ni kaedahnya masuk aje lah apa sahaja barang yang dirasakan ngam dengan bubur lambuk. Nampak apa sahaja sayur kat dalam peti sejuk tu, boleh lah di masukkan.
Kali ini Kak Yan tak bubuh udang kering. Kebetulan Kak Yan tengah alergik. Nanti gatal pulak satu badan kan.
Kak Yan hanya gunakan mentega dan tak bubuh minyak langsung. Rasa lemak butter tu memang menaikkan rasa dan bau bubur lambuk ini.
Jadi lebih kurang macam ini lah bubur lambuk versi tahun 2020 Kak Yan. Tahun depan tak tau lah. Mungkin tukar resepi lain atau kekal dengan resepi ini.
Nak cuba? Jom tengok resepi di bawah ini.
