Lauk Pauk – Ikan Jenahak Masak Halia

Lauk Pauk – Ikan Jenahak Masak Halia

Ikan jenahak masak macam ini memang menyelerakan. Kadang-kadang tekak ni nak makan lauk yang simple dan segar rasanya.

Jadi ini adalah antara pilihan lauk yang senang di masak dan sedap di makan.

Jarang orang masak halia menggunakan ikan. Mungkin takut bau ikan yang hanyir akan merosakkan rasa kuahnya.

Iyelah, ikan ni kalau dah berbau hanyir memang tak larat nak telan.

Jadi sebaiknya kita rebus dulu ikan tersebut dengan halia dan garam. Tujuannya memang untuk menghilangkan bau hanyir ikan. Jadi masak lauk apa pun tak ada masaalah.

Tapi ikan jenahak masak halia ini memang ‘awesome’. Makan semasa masih panas bersama cili padi potong, lagilah sedap.

Boleh ikut resepi di bawah atau tengok video memasak DISINI. Boleh sahaja nak tambah atau kurangkan bahan-bahan. Ikut citarasa sendiri kan.

IKAN JENAHAK MASAK HALIA

Ikan Jenahak Masak Halia

Bahan-bahannya:
4 keping ikan jenahak (dibelah dua)
4 cm halia muda (dipotong bulat)
Secekak daun bawang (dipotong pendek) dan asingkan bahagian putih dan hijau)
6 tangkai cili kering (dipotong pendek)
1 ½ sudu besar sos tiram
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh garam
3 sudu besar minyak masak
1 sudu besar tepung jagung dibancuh bersama air
1 sudu teh minyak bijan.
Air secukupnya
Cara membuatnya;
Didihkan air dan masukkan halia dan garam.
Masukkan ikan dan masak sehingga ikan masak.Keluarkan ikan dan ketepikan.
Panaskan minyak dan masukkan halia muda.
Masak sehingga halia wangi dan kemudian masukkan cili kering dan daun bawang yang berwarna putih.
Masukkan air secukupnya, ikan, sos tiram, serbuk lada sulah, garam dan cuka.
Biar mendidih sebentar dan kemudian masukkan campuran tepung jagung dan minyak bijan.
Apabila kuah sudah pekat, angkat dan taburkan cili merah dan daun bawang.

Leave a Reply

Recipe Rating