Minum Petang – Puding Jagung

Minum Petang – Puding Jagung

Kak Yan bukannya selalu upload resepi kuih-muih tradisional. Bukannya sebab tak suka makan kuih-muih tradisional, cumanya tak berapa mahir nak buat kuih-muih tersebut.

Biar lah mengaku kan.

Tapi, kalau Kak Yan kongsi resepi kuih-muih tradisional, Kak Yan akan pastikan resepi tu memang betul-betul dapat menghasilkan kuih yang menepati citarasa Kak Yan.

Macam puging jagung ni, nampak sahaja macam senang nak dibuat tetapi nak menghasilkan pudding jagung yang sedap memerlukan resepi yang betul.

Pada Kak Yan, puding jagung yang sempurna ialah yang cukup lemak dan manisnya. Warnanya mestilah cukup kuning, tepat kelikatannya. Bermakna kalau potong tu dia sedang elok sahaja . Tak keras dan tak lembik.

Itulah sebabnya kalau teringin nak makan pudding jagung, Kak Yan lebih rela buat sendiri.

Puding Jagung

Puding Jagung

Bahan-bahannya:
1 cawan tepung kastard
1 cawan gula
1 cawan santan
1 cawan jagung (berkrim)
Secubit garam
2 cawan air
Cara membuatnya:

Didihkan air di dalam periuk
Masukkan tepung kastard, gula, santan dan garam ke dalam pengisar ataupun food processor dan kisar sehingga sebati
Tuangkan ke dalam periuk dan kacau menggunakan api yang perlahan selama 2 minit
Masukkan jagung dan terus mengacau sehingga ianya pekat dan meletop-letop
Tuangkan adunan ke dalam bekas dan sejukkan sebelum memotong

Leave a Reply

Recipe Rating