Manisan Popular – Kek Keju Blueberry  (Chilled Bluberry Chesse Cake)

Manisan Popular – Kek Keju Blueberry (Chilled Bluberry Chesse Cake)

Makan kek keju ni kena makan sikit-sikit. Tak best kalau makan sekali harung. Makan sikit, simpan balik dalam peti sejuk. Pastu bila teringat nak makan, ambik balik dalam peti sejuk.

Kak Yan selalu buat macam tu.

Kalau makan sekali hadap, hilanglah nikmat makan kek keju.

Yang macam ni lagi best. Tak payah nak bake bagai. Aduk kacau aje dah jadi. Masuk dalam peti sejuk semalaman dan keesokan harinya dah boleh makan.

Lagi berganda nikmatnya.

You wake up the next day and there’s a cheese cake waiting for you in the fridge. Isn’t that cool?

Kek Keju Blueberry (Chilled Bluberry Chesse Cake)

Bahan-bahannya:
500g krim keju
100g mentega(dicairkan)
100g biskut yang di hancurkan
200g krim masakan
100g gula kastor
250g pes blueberry
1 sudu makan gelatin+3 sudu makan air panas (dicampurkan dan kacau sehingga larut)
Cara membuatnya:
Campurkan biskut yang telah dihancurkan tadi dengan mentega.
Yang biskut tu boleh aje guna biskut marie, biskut halia, biskut digestive atau pun biskut teddie.
Campur sampai boleh di kepal. Kalau tak boleh, tambah lagi mentega, no hal.
Kemudian tekan adunan biskut ke dalam acuan(boleh juga guna spring foam cake tin).
Masukkan ke dalam peti sejuk selama 10 minit atau lebih.
Pukul krim masakan sehingga kenyal. Ketepikan.
Pukul keju bersama gula sehingga kembang dan kemudian masukkan krim masakan tadi dan gelatin.
Guna spatula dan campur sebati adunan.
Masukkan adunan ke atas lapisan biskut. Sejukkan ke dalam peti ais semalaman.
Hias dengan blueberry.

Leave a Reply