Ikan Kukus Bunga Kantan

Ikan Kukus Bunga Kantan

Sekurang-kurangnya sebulan sekali Kak Yan mesti nak kukus ikan. Puas rasanya bila makan ikan kukus ni. Dah banyak resepi yang Kak Yan cuba untuk masak ikan kukus. Tapi bergantung juga kepada tahap kerajinan. Kalau tengah malas memang kukus gaul dengan garam, lada sulah dan halia aje lah. Tapi itu pun dah sedap dah kan.

Selalunya Kak Yan guna ikan siakap. Memandangkan ikan siakap senang nak dapat dan harganya pun sederhaha. Jadi ikan siakap lah yang selalu jadi mangsanya.

Lagi satu, ikan kukus ni sedap kalau ikannya ‘fresh’. Itu memang syarat nombor satu. Kalau ikan itu ‘fresh’, masak simple-simple pun sedap.

Cuma kali ini Kak Yan hendak mencuba satu resepi yang jarang orang buat. Guna bunga kantan dan banyak serai untuk kukus ikan. Kalau rasa nak makan ikan kukus yang pedas dan ada rasa ala-ala asam pedas, boleh lah cuba resepi di bawah ini.

Ikan Kukus Bunga Kantan

Bahan-bahannya:
1 ekor ikan tilapia (bersihkan dan kelar)
2 kuntum bunga kantan (dihiris halus)
2 batang serai (dihiris halus)
2 sudu besar air asam jawa
1 sudu besar gula perang
1sudu besar sos tiram
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
2 tangkai daun ketumbar (dipotong pendek)
Bahan Kisar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji cili merah
Secubit belacan
Cara membuatnya:
Panaskan pengukus
Campurkan bahan kisar bersama sos tiram, gula perang, air asam jawa, bunga kantan dan serai.
Gaulkan ikan bersama serbuk lada sulah dan garam.
Kukus selama 3 minit. Buang air yang keluar dari ikan.
Tuangkan bahan ke atas ikan dan kukus sebentar.
Angkat dan letakkan ke atas pinggan dan taburkan daun ketumbar.

Leave a Reply