Aroma Bakeri – Kek Coklat Kukus

Aroma Bakeri – Kek Coklat Kukus

Dulu masa zaman orang baru pandai buat kek coklat, ke hulu ke hilir menagih resepi orang. Mintak sana, mintak sini.

Dapat aje resepi terus simpan dan sorok. Punya lah kedekut nak bagi orang lain.

Entah apa busuk hati, kedekut punya perangai macam tu dulu kan. Ke Kak Yan seorang sahaja yang perangai buruk macam tu?

Apa pun Kak Yan ni memang peminat kek coklat. Tak kira lah yang bakar atau yang kukus. Kalau pergi ‘birthday party’ orang dan ternampak kek coklat, punya lah seronok. Rasa macam nak menjerit jer. Tapi dalam hati sahaja lah. Kalau jerit betul-betul karang, orang ingat, buat perangai pulak.

Berbeza dengan suami Kak Yan. Beliau lebih suka kek mentega. Apa perasa sekali pun, beliau suka. Asalkan jangan perasa coklat, sudah.

Kalau kek tak suka perasa coklat tapi kalau ais krim atau coklat itu sendiri memang dia taram perabih pulak.

Hari ini Kak Yan kongsi resepi kek coklat kukus. Bagi yang tak ada mixer, resepi ini lah penyelamatnya.

Satu bancuhan dapat banyak tau. Cer cuba…..

Kek Coklat Kukus

Bahan-bahannya:
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula castor
125g mentega yang telah dicairkan
1 cawan air
1/2 cawan susu pekat
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
3 biji telur
Cara membuatnya:
Ayak tepung gandum bersama serbuk koko, soda bicarbonate dan baking powder
Masukkan mentega yang telah dicairkan bersama gula castor dan air ke dalam periuk dan masak dengan api yang kecil sehingga kesemua gula cair. Sejukkan selama lebih kurang 15 minit.

Masukkan susu pekat ke dalam periuk tadi dan kacau sebati
Pukul telur dan masukkan ke dalam adunan dan kacau sekali lagi
Akhir sekali masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan
Kacau sebati
Panaskan kukus dan tuang adunan ke dalam bekas /loyang
Kukus selama 10/15 minit atau apabila dicucuk dengan lidi dan ianya keluar bersih

Leave a Reply

Recipe Rating