Ikan Sardin Bersama Cendawan Dan Lada Benggala

Ikan Sardin Bersama Cendawan Dan Lada Benggala

Sekali-sekala kita masak ikan sardin cara macam ni pun sedap. Walau pun nampak macam masak cara orang putih tapi bila digandingkan dengan sambal belacan memang ,wow.

Ye lah. Selalunya ikan sardin masak sambal atau goreng kosong aje . Apa kata kali ni kita tukar stail sikit.

Kak Yan ni memang suka cuba macam-macam resepi. Itulah salah satu cara Kak Yan nak belajar memasak. Kadang-kadang bila mencuba tu bukan selalunya betul. Kalau tak berapa menjadi, lain kali cuba cara lain pulak, Cuba jer banyak kali sampai lah berjaya.

Macam itu lah!

Ikan Sardin Bersama Cendawan Dan Lada Benggala

Bahan-bahannya:
1/2 kilo ikan sardin
5 keping cendawan shitake
1 biji lada benggala merah(dipotong memanjang)
10 biji cherry tomato
1 labu bawang besar(dipotong enam)
1 biji lemon
3 ulas bawang putih( dicincang halus)
5 sudu makan minyak zaitun
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu teh tymes kering
2 sudu teh Lea & Perrins
2 sudu teh garam
Cara membuatnya:
Bersihkan ikan dan potong di bahagian tepinya sehingga ke bahagian bawah dan tekan sedikit dengan tapak tangan supaya ia menjadi kembang(butterflykan)
Susun ikan ke dalam dulang pembakar.
Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan cendawan.
Apabila cendawan sudah layu masukkan lada benggala. Kacau sebentar.
Masukkan bawang, bawang putih, cherry tomato, thymes,serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, lea and perrins dan garam.Kacau rata dan kemudian tutup api.
Tuang kesemua bahan ke atas ikan dan gaul rata.
Bakar selama 20-25 minit dalam suu 200C.
Apabila sudah masak, perah lemon diatasnya

Leave a Reply