Manisan Popular – Kuih Keria

Manisan Popular – Kuih Keria

Sepanjang duduk di Temoh dan Kampar (sebelum datang berhijrah ke Subang Jaya ni), tak pernah sekali Kak Yan panggil kuih ni Kuih Keria. Kami orang Perak (ke keluarga saya je ke?) panggil kuih ni Kuih Gelang.

Betullah kan, dah rupanya pun macam gelang. Bila sampai sini, baru lah tahu ada nama lain.

Anak-anak Kak Yan pulak masa dia orang kecik-kecik panggil Kuih Keria ni Donut. Lagi haru. Urban tak memasal la plak.

Dulu masa kecik-kecik ni adalah antara kuih popular yang dimasak untuk minum petang kami sekeluarga. Kami dulu minum petang ni macam perkara wajib. Hari-hari kena minum petang. Arwah Bapak mesti pekena Kopi O dan mesti ada juadah sampingan.

Dulu-dulu mana ada orang jual kuih-muih pun. Tambahan pulak duduk di kampung. Jadi hampir saban petanglah kami memasak. Lama-lama dari menengok2 orang lain buat, Kak Yan pun join sekali buat. Dan seterusnya menjadi favourite kuih.

Sekarang ni Kak Yan ni boleh dikategorikan hantu kuih keria, Kalau nampak aje kat kedai mesti beli. Kalau ada ubi keledek kat rumah pun selalunya ended up dengan buat kuih keria.

Tapi masalahnya bila step nak menyira gula. Ni la step yang paling scary. Kadang-kadang gulanya tak melekat. Kadang-kadang gulanya terlampau keras.

Arwah Mak Kak Yan memang terror bab menyira gula ni. Dia kata kena sabar dan masuk kuih keria bila gula dah betul-betul likat. Barulah boleh melekat cantik.

Apa pun resepi yang Kak Yan bagi ni sedang elok. Tapi timing kena jagalah ye. Tunggu gula betul betul likat barulah digaul dengan kuihnya. Consistency kena jaga .

Kuih Keria

Kuih Keria

Bahan-bahannya:
450 gram ubi keledek oren
120 gram tepung gandum
1/2 sudu makan tepung ubi
1 sudu teh soda bikarbonat
4 sudu besar air
1 sudu teh garam
Minyak untuk menggoreng
 
Untuk menyira kuih keria
100 gram gula
3 sudu besar air
 
Cara membuatnya:
Rebus keledek sehingga empuk. Toskan dan lenyek semasa ianya masih panas
Apabila sudah sejuk, campurkan bahan-bahan lain dan gaul sebati.
Boleh tambah sedikit tepung jika adunannya lembik.
Bulat-bulatkan adunan dalam saiz yang sama dan kemudian dileperkan. Kemudian buat lubang di tengah tengahnya.
Panaskan minyak dan goreng dengan api perlahan sehingga keperangan. Angkat dan ketepikan
Masukkan gula dan air ke dalam kuali
Masak dengan api perlahan sehingga air gula pekat dan berbuih.
Masukkan kuih keria yang telah disejukkan. Kacau  rata .
Terus mengacau sehingga gulanya berkerak dan melekat di kuih keria. Tutup api dan angkat
 


Leave a Reply

Recipe Rating