Sup Kambing Mamak

Sup Kambing Mamak

Sekali-sekala pekena sup mamak memang syok. Hirup pulak masa panas-panas. Terasa segala rempah ratus dekat dalam dia. Rasa macam segar satu badan .

Rata-rata dekat kedai Mamak ada jer jual sup macam ini. Tak kira lah samada kambing, ayam atau sebagainya. Kadang-kadang , ayam goreng di terjunkan ke dalam sup tersebut. Adoiii..lagi lah sedap.

Tapi, tahu tak apakah rahsia nak masak sup yang rasa dia sesedap sup Mamak tu?

Pernah jugak sekali Kak Yan tanya Mamak tu macamana nak masak sup sama macam dia buat. Eh, dia buat tak dengar la pulak. Iye lah, ingat senang-senang ke deme nak bagi tahu rahsia masakan dekat kedai tu kan. Orang berniaga kot.

Dipendekkan cerita, Kak Yan ni cuba lah banyak kali masak sup Mamak ni. Nak jugak tahu macamana cara dan rahsia dia.Tanya sana dan tanya sini. Bila beli sup Mamak tu, Kak Yan akan perhatikan dan rasa apa rempah-rempah yang ada dekat dalam sup tersebut. Sampai macam itu sekali kan.

Satu benda yang Kak Yan perasan. Sedapnya sup mamak ini terletak pada rempah supnya. Kena cukup rasa rempah. Jangan sesekali guna rempah soto. Rasa dia akan lari.

Lagi satu. Jangan gunakan apa-apa tepung untuk menjadikan kuah dia pekat. Sup akan sedap bila kuahnya pekat sebab ianya di masak lama. Segala rasa datang dari daging dan tulang kambing yang digunakan. Rebus tulang sampai keluar kolagen dia. Nanti ia akan akan menghasilkan lapisan seperti gelatin. Itulah yang menyedapkan dan memekatkan kuah.

Kalau tengok Kak Yan masak dalam video youtube di bawah, bukan sahaja bahan-bahan yang digunakan kena betul, cara memasak pun kena betul. Baru lah jadi sup Kambing Mamak yang ‘pure’.

Bagi yang nak mencuba, boleh klik di video di bawah. Resepi semua ada di sana.

Cubalah ye…

Leave a Reply