Gulai Lemak Kulat Sisir dan Pucuk Paku

Gulai Lemak Kulat Sisir dan Pucuk Paku

Memasak di dapur ni bukannya kira siang dan malam. Asal teringat nak makan apa boleh pecut dan terus masak.

Macam kejadian malam tadi. Tiba-tiba Kak Yan dan suami teringin nak makan gulai lemak kaw-kaw untuk makan malam. Bila tengok dalam peti ais ayam dan ikan dah keras macam batu.

Aduhai, nak masak gulai lemak apa pulak kita malam ni ye.

Dalam pada tangan nak mencapai telur untuk dijadikan gulai lemak telur, ternampak pulak kulat sisir tergantung dalam beg plastik dekat tepi almari.

‘Eh, ada kulat sisir la,” Kak Yan bagitau kepada suami.

Dan-dan tu jugak naik seri muka kami berdua.

Yang lagi bestnya, dalam masa tengah mencari cili, serai dan kunyit hidup di dalam peti ais, ternampak pulak dua ikat pucuk paku.

Entah macamana pulak ada pucuk paku kat dalam peti ais kan. Bila la Kak Yan beli?

Itu lah kalau main henyak aje semua barang yang dibeli dekat dalam peti ais, i

ni lah jadinya. Kena pulak dah tak berapa muda. Segala benda terlupa.

Walau apa pun setelah selesai segala drama kami berdua malam tadi, terhasil lah gulai lemak kulat sisir dengan pucuk paku. Lemak dan pedas berdesup.

Kak Yan goreng ayam sikit. Kot-kot Alia, Asma dan Arissa tak suka makan gulai lemak kulat sisir dan pucuk paku. Tengok-tengok deme lagi laju makan dari kami berdua.

Suami Kak Yan pula dengan selambanya goreng ikan masin bubuh bawang.

Adoii, sikit punya bagus lauk malam tadi. Boleh bagi lima bintang.

Gulai Lemak Kulat Sisir dan Pucuk Ubi

Bahan-bahannya:
100g kulat sisir
2 ikat pucuk paku (diambil pucuknya sahaja)
300g santan pekat
1 batang serai (dititik)
Segengam ikan bilis
2 keping asam gelugur/asam keping
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Bahan Kisar
3 biji cili merah
10 biji cili padi
2 ketul kunyit hidup
Cara membuatnya:
Masukkan bahan kisar bersama sedikit air ke dalam periuk. Biarkan mendidih.
Masukkan serai, asam keping, kulat sisir,ikan bilis dan santan pekat . Masak sehingga mendidih.
Masukkan pucuk paku dan perasakan dengan garam.
Terus memasak sehingga pucuk paku dan kulat sisir lembut dan kuah pekat.

Leave a Reply

Recipe Rating