Bila umur ni dah masuk ke angka lima, macam-macam benda berlaku yang membuatkan Kak Yan banyak teringatkan kepada Arwah mak dan bapak.
Sekarang ini kalau petang aje mula lah badan mintak berehat sebentar. Dia mintak baring sekejap kat atas katil. Maknanya waktu petang tu kena ada masa untuk tidur. Lepas tu baru lah segar badan rasanya.
Dulu selalu fikir bila tengok mak dan bapak yang wajib tidur waktu petang. Dalam hati itu berkata, penting sangat ke tidur petang?
Penting rupanya bagi yang semakin berusia. Dulu Kak Yan boleh jer terlelap dekat atas sofa lima ke sepuluh minit sebelum zuhur dan lepas tu dah rasa ok. Tetapi sekarang kena baring atas katil. Sekejap pun jadi lah.
Berbalik kepada resepi kita hari ini. Kak Yan nak share resepi lala.
Dalam rumah Kak Yan ni, jarang masak benda-benda seafood. Tak berapa jalan sangat. Ada pulak yang allergic dengan seafood. Nanti habis menggaru satu badan kan.
Jadi memang seafood ini dimasak sekali-sekala sahaja lah. Itu pun bila tangan Kak Yan ni gatal nak mencuba resepi.
Jadi resepi lala ini walaupun nampak biasa tapi ianya sedap dan sangat sesuai dengan seafood. Maknanya, boleh juga guna resepi ini untuk masak kupang, ketam dan udang.
Sedap tau!
