Masak Simple – Ayam Bakar Aneka Rasa

Masak Simple – Ayam Bakar Aneka Rasa

Dah boring makan nasi, kita bakar ayam pulak. Nak bakar ayam ni kena lah perap dengan bahan yang betul. Biar meresap ke dalam rasa bahan perapan tu. Nanti makan tak lah rasa setakat dekat kulit aje.

Gaul garam biar lebih sikit. Jadi bila makan nanti tak lah rasanya tawar.

Masa bakar ayam tu, campakkan aje apa-apa barang kat dapur ke dalam dulang ayam tu. Sekurang-kurangnya bahan-bahan tu akan bagi rasa dan aroma extra.

Contoh kan…campak aje bawang putih ke, bawang merah ke, carrot atau ubi kentang.

Kak Yan punya perangai, setiap kali bakar ayam main belasah aje bubuh segala rempah ratus yang ada kat dapur. Bila nak buat lagi sekali, dah lupa. Kena pulak bila buat tu rasanya sedap sangat. Nak buat balik, dah tak jadi .

Jadi kali ni Kak Yan tulis cepat-cepat resepinya.

Resepi kali ini Kak Yan guna asam jawa sebagai salah satu bahan perapan. Jarang orang lumur asam jawa pada ayam bakar.

Tapi sebenarnya sedap lah bubuh asam jawa ni. Rasa masam dari asam jawa dan dicampurkan dengan segala rempah ratus yang agak kuat rasanya menjadinya ayam bakar ini sempurna. Sampai ke dalam rasanya. Puas hati makan.

Cuba lah guna resepi di bawah ni.

Ayam Bakar Aneka Rasa

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam (dalam berat 1.5 dan 1.8kg di butterflykan)
2 sudu besar asam jawa (dibuang bijinya)
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 sudu besar cili kisar
2 inci halia (diparut)
1 sudu teh serbuk ketumbar
½ sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh paprika
½ sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu besar maltos / madu
1 sudu makan kicap jepun
1 ½ sudu teh minyak bijan
Cara membuatnya:

Masukkan kesemua bahan kecuali ayam dan maltos ke dalam mangkuk. Kacau rata.
Keringkan ayam menggunakan tisu dapur.
Lumurkan keseluruhan ayam dengan bahan perapan dan perap selama 30 minit.
Sapukan maltos di keselururhan ayam.
Panaskan ketuhar pada suhu 220C.
Letakkan ayam ke dalam dulang dan bakar selama 40-45 minit.

Leave a Reply

Recipe Rating