Aroma Butter – Kek Nenas Terbalik

Aroma Butter – Kek Nenas Terbalik

Rasanya dah lebih dari lima kali Kak Yan cuba kek nenas terbalik menggunakan resepi dari buku Marcus Wareing ni. Setiap kali buat tak pernah tak menjadi. Elok sahaja kejadiannya.

Kek ni sebenarnya macam buat kek mentega. Nak sedap kena guna mentega yang mahal. Lain rasanya tau.

Kalau tak percaya cer cuba.

Kak Yan selalu letakkan dalam satu sudu makan air nenas tu sebelum di masuk tepung. Nak bagi kek tu ada rasa nenasnya.

Kek ni memang sesuai dijadikan kepala hidang. Dahla nampak lawa, nampak sedap pulak tu. Nak jadikan hantaran pun sesuai sangat.

Tapi bagi suami Kak Yan, dia kata makan kek ni rasa macam orang putih yang duduk kat cottage kat ulu kampong deme. Makan kek ni masa musim sejuk katanya.

Kalau nak berangan, makan kek pun boleh kan. Asal bahagia sudah.

KEK NENAS TERBALIK

Kek Nenas Terbalik

Bahan-bahannya:
300g tepung naik sendiri
300g gula kastor
300 g mentega
5 biji telur (size A)
4 sudu besar golden syrup
1 tin gegelang nenas
Ceri merah secukupnya
Cara membuatnya :
Panaskan ketuhar pada suhu 180 C
Gliskan acuan bulat bersaiz 9 inci
Tuangkan golden syrup dan susun gegelang nenas diatasnya.
Letakkan ceri merah didalam gegelang nenas
Sementara itu pukul mentega bersama gula sehingga kembang.
Masukkan telur satu persatu dan terus memukul
Masukkan tepung sikit demi sedikit dan kaup menggunakan spatula.
Tuangkan adunan ke atas nenas tadi
Bakar selama 40-45 minit ikut kesesuaian ketuhar
Rasanya dah lebih dari lima kali Kak Yan cuba kek nenas terbalik menggunakan resepi dari buku Marcus Wareing ni. Setiap kali buat tak pernah tak menjadi. Elok sahaja kejadiannya.

Leave a Reply

Recipe Rating