Ayam Goreng Buttermilk
Salah satu perkara yang membahagiakan Kak Yan ialah dapat makan ayam goreng yang sedap dan sempurna.
Sempurna mengikut citarasa Kak Yan ialah ayam goreng yang ranggup diluar dan “juicy’ di bahagian dalamnya.
Buttermilk ini boleh beli yang siap atau buat sendiri. Bagi Kak Yan , buat sendiri lagi jimat. Yang siap jual tu, kus semangat, mahal sungguh.

Ayam Goreng Buttermilk
Bagi Kak Yan yang memang gemar makan ayam goreng, sudah macam-macam resepi yang Kak Yan cuba. Asal nampak sahaja resepi yang lain sikit, mulalah nak mencuba. Cuba dan cuba lagi sampai lah dapat resepi yang Kak Yan puas hati.
Resepi ini sangat sesuai dengan citarasa Kak Yan dan Kak Yan muatkan didalam buku “Bekal Ke Pejabat Munu Barat”. Bagi yang nak tengok video macamana nak masak ayam goreng buttermilk ini bolehlah tengok DISINI.