Seperti tahun-tahun yang lepas, Kak Yan memang jarang update blog semasa bulan puasa. Bukannya sebab tak masak, tetapi sebab tersangat lah malas nak bukak laptop dan tulis post.
Kena pulak bulan puasa kali ini Kak Yan ada buat prep untuk Chef Wan dan ada lah jugak beberapa kali dijemput untuk buat FB live.
Buat benda sikit macam itu pun dah rasa penat sangat untuk Kak Yan. Kena pulak bila Kak Yan kena gastrik. Bila tak makan pun sakit, makan pun sakit jugak. Jadi memang setiap hari ‘struggle’ lah dengan sakit gastrik ni. Sekarang ni kena start jaga makan balik dan yang paling penting kena makan ubat betul-betul ikut masa.
Lepas raya ni mula lah banyak resepi yang datang dalam kepala ini. Nak masak itu dan ini. Yang penting resepi itu sesuai untuk pembaca blog Kak Yan. Banyak juga video masakan pendek Kak Yan di Instagram. Kalau yang belum follow tu, jom lah follow Kak Yan ye.
Mango Sago ini sesuai dibuat untuk tetamu yang datang ke rumah. Sesuai juga untuk menggantikan pencuci mulut. Rasanya yang manis-manis buah memang sesuai diminum sejuk-sejuk. Kadang-kadang Kak Yan frozenkan mango sago ni dan minum masa dia keras macam batu tu. Dah rasa macam ais krim malaysia pulak.
Bagi yang nak mencuba, boleh ikut resepi di bawah ini.
