Orang kata kalau apa-apa masakan bubuh petai , mesti sedap. Mana tidaknya, bau petai tu pun dah boleh hidu sebatu jauhnya.
Tak semua orang suka petai. Ada yang tak boleh hidu langsung bau petai. Ada juga yang tak berapa tahan makan petai disebabkan masalah kesihatan.
Cerita Kak Yan pulak. Dari kecil memang suka makan petai. Pernah sekali Arwah Bapak kena bawak Kak Yan pergi hospital sebab sakit perut dan muntah-muntah. Sebabnya ialah makan petai banyak sangat.
Itu masa kecil. Sekarang ini masih suka makan petai, tetapi dah kurang sikit sukanya. Sebabnya, tak berapa tahan. Bila makan petai , rasa naik angin satu badan. Jadi kalau nampak petai tu kena fikir-fikir dululah.
Berbalik kepada resepi kita hari ini iaitu ikan pari tumis petai. Mungkin resepi ini agak jarang kita dengar.
Sebenarnya resepi ini ada di dalam buku Kak Yan yang bertajuk ‘Cerita Dari Dapur’. Resepi ini tergolong dalam resepi Masakan Cina. Itulah sebabnya jarang kita dengar kan.
Seperti biasa, resepi sebegini banyak menggunakan sos. Tapi hasilnya memang berbaloi. Masak kering-kering dan ada petai. Ikan pari pulak guna yang ‘fresh’. Memang sedap sangat.
Makan lauk ini dengan nasi putih sahaja pun dah sedap.
Jadi seperti biasa, Kak Yan kongsi resepi ikan pari tumis petai di bawah ini.
‘Selamat Mencuba’.
